SinarHairan

47% Kes COVID-19 Di Sabah dijangkiti Pesakit Asimtomatik

loading...
Pesakit asimptomatik dalam banyak kes COVID-19 di Sabah cetus kebimbangan
47% kes COVID-19 di Sabah berpunca kontak dengan pesakit tiada gejala

Hampir separuh daripada pesakit COVID-19 di Sabah mempunyai hubungan rapat dengan kes asimtomatik.

Menurut pengarah kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, 47% kes Covid-19 di negeri ini telah terdedah kepada individu tanpa gejala semasa peringkat awal jangkitan di sana.


Pihak berkuasa kesihatan Sabah bimbang majoriti daripada 293 pesakit Covid-19 asimptomatik, yang mungkin menyebabkan mereka secara tidak sedar menjangkiti orang lain dengan virus itu.

Pengarah Christina Rundi berkata kes itu melibatkan orang keluar negara, dan menambah jangkitan baru masih dikesan dalam kalangan mereka yang pernah ke UK, Thailand, Indonesia serta Semenanjung Malaysia.

“Dari 293 kes yang dianalisis, 249 atau 85% pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom awal dan ini amat membimbangkan kerana mereka mungkin menyebarkan penyakit itu pada kontak rapat tanpa disedari,” katanya.


SEBANYAK 47% kes positif Covid-19 di Sabah merupakan kontak kepada kes positif tidak bergejala pada peringkat awal jangkitan, kata Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi

Beliau berkata kesemua mereka adalah dalam golongan umur satu hingga 72 tahun dan tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan sebagainya.

Seorang pegawai kesihatan mengambil sampel daripada seorang penumpang di Terminal Feri Antarabangsa Labuan untuk ujian orofaring bagi mengekang COVID-19.

“Selain itu daripada 315 kes positif yang dilaporkan di Sabah setakat ini, 60 daripadanya adalah kes sporadik yang dikesan melalui saringan sama ada mereka yang baharu balik dari luar Sabah atau melalui saringan bersasar dalam negeri.

“Sebanyak 12% daripada kes positif Covid-19 di Sabah adalah pelajar,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.


Sehubungan itu, Christina berkata pergerakan pulang semua pelajar yang terkandas di universiti masing-masing perlu menjalani kuarantin untuk mengelakkan penularan Covid-19.


Menurut Christina beliau menyedari mengenai banyak persoalan dan rasa tidak puas hati ibu bapa berhubung keputusan kerajaan untuk mengkuarantin anak-anak mereka yang balik ke Sabah dari kampus masing-masing sebelum dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga.

“Namun mereka yang mudah dijangkiti adalah golongan kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik kerana sistem imun yang lemah.

Mereka ini adalah masyarakat yang berbeza dengan komuniti kampus yang rata-rata terdiri daripada golongan muda yang mempunyai sistem pertahanan badan yang baik,” katanya. – Bernama, 1 Mei, 2020.

loading...
loading...

0 Response to "47% Kes COVID-19 Di Sabah dijangkiti Pesakit Asimtomatik"

Catat Ulasan