SinarHairan

PKPB: Sabah akan umum pendirian 12 Mei ini

loading...
Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan, buat masa ini, kerajaan negeri kekal dengan keputusan untuk meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),dalam usaha membendung penularan COVID-19.
SABAH AKAN UMUM PENDIRIAN TERHADAP PKPB, 12 MEI INI.

Kerajaan negeri Sabah akan mengumumkan pendiriannya terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, pada 12 Mei ini.

Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjelaskan, buat masa ini, kerajaan negeri kekal dengan keputusan untuk meneruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),dalam usaha membendung penularan COVID-19.


Menurutnya,kerajaan negeri perlu meneliti terlebih dahulu beberapa langkah proaktif sebagai persediaan sebelum melaksanakan PKPB, ke arah menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Sabah.


Dalam masa sama, berupaya menggerakkan usaha memulihkan sektor ekonomi.


Bagaimanapun, langkah itu bukan bermaksud Sabah tidak mahu mengikut peraturan ditetapkan kerajaan Persekutuan, namun, kerajaan negeri perlu meneliti terlebih dahulu beberapa langkah proaktif sebagai persediaan sebelum melaksanakan PKPB ke arah menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat Sabah, sekaligus berupaya menggerakkan usaha memulihkan sektor ekonomi.


Mengenai isu sektor ekonomi dalam negeri tidak dibenarkan beroperasi, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Azmin Ali kata kerajaan Sabah mungkin akan disaman disebabkan ini.

Namun sehingga hari ini Ketua Menteri Sabah YAB Shafie Apdal tetap memilih untuk utamakan nyawa dan kesihatan rakyat Sabah.

Oleh itu kerajaan Sabah turut kekal pendirian dengan status quo untuk laksanakan PKP sehingga 12 Mei ini. Terbaik Ketua Menteri Sabah! kita semua sokong keputusan anda!

.
.


loading...
loading...

0 Response to "PKPB: Sabah akan umum pendirian 12 Mei ini"

Catat Ulasan