SinarHairan

Langgar PKP: 5 Lelaki ditahan Moginum di Tuaran

loading...
Sumber/Foto :Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim
Langgar PKP: 5 Lelaki ditahan Moginum di Tuaran

Lima lagi lelaki ditahan di daerah Tuaran bagi kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 4 yang masuk hari ketiga.

Kelima-lima lelaki ini berumur lingkungan 19 sehingga 42-tahun, merupakan warganegara dan mempunyai hubungan persaudaraan ditangkap pada pukul 1-tengahari tadi di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Kotonuan Baru, Kiulu, Tamparuli, Tuaran.


Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim dalam satu kenyataan media memaklumkan, tangkapan Ops Pintas Khas Covid-19 oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran berkenaan hasil aduan dan makluman orang awam. Sebelum ini, sembilan lelaki juga ditangkap di Kampung Bombong, Tuaran atas sebab sama.

Ketika serbuan, kesemua lelaki berkenaan bukan sahaja sedang berkumpul tetapi mengambil minuman beralkohol. Kesemua mereka kini ditahan reman selama empat hari bermula esok, 02 hingga 05-Mei untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan & Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2020. Bagi Seksyen 269 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 6 bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.


Manakala bagi Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (3) 2020, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih 1-ribu ringgit atau penjara tidak lebih 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.


loading...
loading...

0 Response to "Langgar PKP: 5 Lelaki ditahan Moginum di Tuaran"

Catat Ulasan