SinarHairan

COVID-19: Hanya Pulau Labuan Dan 4 Negeri Yang Bebas Dari Sebarang Kes Aktif

loading...
Antara negeri yang telah bebas daripada kes aktif COVID-19 setakat ini adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Labuan dan Kelantan
Covid-19: Hanya Labuan Dan 4 Negeri Yang Bebas Dari Sebarang Kes Aktif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat berkenaan negeri-negeri yang bebas daripada sebarang kes virus Covid-19 yang aktif setakat jam 12 pm, 13 Mei 2020.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang terdapat pada laman Twitter rasmi KKM, hanya empat negeri sahaja yang telah disahkan bebas daripada sebarang kes Covid-19 aktif.
Antara negeri-negeri yang telah bebas daripada kes aktif Covid-19 setakat ini adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Labuan dan Kelantan.

Dalam pada itu juga, KKM turut melaporkan bahawa terdapat empat kawasan yang dikenal pasti mencatatkan lebih 41 kes Covid-19.


Antara kawasan-kawasan yang dikenal pasti mencatatkan kes melebihi 41 kes ialah Rembau dan Seremban (Negeri Sembilan), Petaling (Selangor), Batu, Ibu Kota, Kampung Bharu dan Sri Petaling(Kuala Lumpur), Kuching (Sarawak).


loading...
loading...

0 Response to "COVID-19: Hanya Pulau Labuan Dan 4 Negeri Yang Bebas Dari Sebarang Kes Aktif"

Catat Ulasan