SinarHairan

KKM: Kota Belud kini zon hijau, tidak lagi mempunyai kes positif COVID-19

loading...
Ini menjadikan bilangan zon kuning berkurangan daripada 80 menjadi 79.
KKM: Kota Belud kini zon hijau, tidak lagi mempunyai kes aktif COVID-19

Kota Belud, Sabah tidak lagi mempunyai kes positif Covid-19, menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Ini menjadikan bilangan zon kuning berkurangan daripada 80 menjadi 79.

Sementara itu, jumlah zon merah kekal pada 10 manakala jumlah zon hijau adalah 112.

Zon kuning adalah kawasan yang mempunyai satu hingga 40 kes Covid-19 yang aktif, termasuk pesakit yang masih belum pulih.


Sekiranya sesuatu kawasan mempunyai 41 atau lebih kes aktif, ia akan dikategorikan sebagai zon merah.

Kawasan yang bebas daripada kes aktif Covid-19 akan disenaraikan sebagai zon hijau.

Sepuluh kawasan masih disenaraikan sebagai zon merah. Ia adalah kes Ibu Kota (156 aktif), Batu (90 kes) Kampung Baru (68 kes) dan Sri Petaling (42 kes) di Kuala Lumpur, Gombak (89), Petaling (51) dan Hulu Langat (45) di Selangor, Kuching (110) dan Kota Samarahan (46) di Sarawak dan Kluang (62) di Johor.

Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah adalah empat negeri yang bebas daripada kes aktif Covid-19.


Data berkenaan adalah sehingga tengah hari semalam dan dikemas kini setiap 24 jam.

Sehingga tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 6,383 kes Covid-19, 1,710 daripadanya masih aktif.


Sejumlah 4,567 orang berjaya dipulihkan manakala jumlah kematian adalah 106 orang.

loading...
loading...

0 Response to "KKM: Kota Belud kini zon hijau, tidak lagi mempunyai kes positif COVID-19"

Catat Ulasan