SinarHairan

PKPB: SRJKC diserbu diarah henti mesyuarat guru sedang berlangsung serta merta di Sipitang

loading...
PKPB: Sekolah diserbu diarah henti mesyuarat guru sedang berlangsung serta merta
PKPB: Sekolah diserbu diarah henti mesyuarat guru sedang berlangsung serta merta

15 Mei, Sipitang - Majlis Daerah Sipitang Sabah telah memuatnaik satu laporan berkenaan Operasi Tindakan Khas Pematuhan Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) bagi pasaraya, serbaneka, jualan runcit, restoran, stesen minyak dan pasar am melalui laman Facebook rasmi mereka yang dilaksanakan pada 11 Mei lalu.

Hasil pemeriksaan yang dibuat melalui maklumat awam, Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Sipitang beserta Penguatkuasa KKM, Polis dan Tentera mengarahkan sebuah sekolah jenis kebangsaan (S.R.J.K (C) Chung Hwa, Pekan Sipitang) menghentikan dengan serta-merta aktiviti mesyuarat guru-guru kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Sipitang.

Menurut laporan bergambar yang disediakan oleh pihak Majlis, satu mesyuarat dipengerusikan oleh seorang pentadbir bersama guru-guru sekolah tersebut sedang berlangsung di dalam sebuah bilik darjah dengan susunan meja dan kerusi dalam format peperiksaan.

Mesyuarat tersebut kemudiannya dihentikan oleh pihak Penguatkuasa Majlis Daerah Sipitang yang turut kelihatan di dalam laporan bergambar tersebut.

loading...
loading...

0 Response to "PKPB: SRJKC diserbu diarah henti mesyuarat guru sedang berlangsung serta merta di Sipitang"

Catat Ulasan