SinarHairan

Budak 4 tahun kes terbaharu COVID-19 di Sabah

loading...
Kanak-kanak berkenaan menaiki pesawat komersil daripada Kuala Lumpur ke Sabah bersama ahli keluarganya
Budak 4 tahun kes terbaharu COVID-19 di Sabah

SABAH mencatatkan satu kes positif Covid-19 baharu semalam membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes berkenaan dikategorikan sebagai kes import berikutan dikesan melalui sampel yang diambil di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

"Kanak-kanak berkenaan menaiki pesawat komersil daripada Kuala Lumpur ke Sabah bersama ahli keluarganya.

"Bagaimanapun, kes ini sudah ditempatkan di pusat kuarantin setibanya mereka negeri ini.


"Kanak-kanak berkenaan juga sudah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas semalam untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Dr Christina menyatakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan memastikan pengurusan pelajar Sabah di institusi pengajian tinggi (IPT) daripada Semenanjung serta Sarawak yang mempunyai kes positif diuruskan secara teratur.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa kes positif dalam kalangan pelajar Sabah di IPT yang sedang menunggu giliran untuk penerbangan balik.

"JKNS akan pastikan pengurusan kontak rapat semua kes ini yang balik ke negeri ini dilaksanakan dengan terbaik.



"Kita tidak mahu ada individu yang menjadi pembawa wabak Covid-19 ke negeri ini. Oleh itu, pemeriksaan rapi harus dijalankan ke atas setiap pelajar yang baru tiba di KKIA," katanya.



loading...
loading...

0 Response to "Budak 4 tahun kes terbaharu COVID-19 di Sabah"

Catat Ulasan