SinarHairan

Bas ekspres di Sabah akan mula beroperasi pada esok 12 Mei 2020

loading...
Tiket bas ekspres boleh dibeli secara atas talian di aplikasi Easy Book ataupun di kaunter Terminal Bas Inanam seperti biasa | Sumber : Presiden Majlis Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC)
Bas ekspres di Sabah akan mula beroperasi pada esok 12 Mei 2020.

Lebih 20 pengusaha bas ekspres dengan lebih 200 buah bas telah bersedia menjalankan perkhidmatan mengikut standard operating procedure (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19.

Presiden Majlis Pengusaha-Pengusaha Bas Ekspres Sabah (SEBOC), Datuk Donald Hanapi dalam kenyataan media berharap para penumpang dapat mematuhi SOP tersebut kerana mereka yang tidak memberikan kerjasama tidak akan dibenarkan naik ke dalam bas walaupun telah membeli tiket.


Antara SOP yang ditetapkan ialah wajib mengisi borang deklarasi COVID-19 untuk tujuan rujukan pihak berkuasa, memakai topeng muka, duduk berjauhan mengikut jarak yang telah ditentukan, pemeriksaan suhu sebelum menaiki kenderaan dan tidak dibenarkan untuk berhenti-henti dalam perjalanan.


Beliau juga memaklumkan, hanya separuh daripada kapasiti penuh dibenarkan untuk menaiki bas. Sebagai contoh, jika kapasiti bas adalah 41, hanya 20 penumpang dibenarkan naik kerana penjarakkan sosial yang telah ditetapkan.


Tiket bas ekspres boleh dibeli secara atas talian di aplikasi Easy Book ataupun di kaunter Terminal Bas Inanam seperti biasa.



loading...
loading...

0 Response to "Bas ekspres di Sabah akan mula beroperasi pada esok 12 Mei 2020"

Catat Ulasan