loading...
Selamat bergelar suami kepada anggota polis yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Nordiana Ibrahim, 34, dengan sekali lafaz pada 1 Mac lalu, pelawak Mamat Sepah atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, 35, berkata, dia tidak berniat merahsiakan hari bahagia, sebaliknya rancangan berkahwin dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa, tiga minggu lalu.
Hanya mempunyai tempoh tiga minggu membuat persiapan perkahwinan, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di kediaman keluarga Mamat di Kulai, Johor pada Ahad lalu.
Mamat dan Nordiana mengikat tali pertunangan pada 2018.
Mamat berkata, dia dan isteri hanya mempunyai masa selama tiga minggu untuk merealisasikan impian perkahwinan:
Katanya, dia akan mengadakan majlis resepsi disebabkan ramai rakan seperjuangan tidak dapat hadir pada majlis pernikahannya:
Mengimbau detik perkenalan dengan isteri, Mamat berkata, mereka bertemu ketika dia ke IPD Shah Alam untuk menguruskan satu kes membabitkan ahli keluarga:
Bekerja dalam dua dunia berbeza, Mamat berkata, ia satu cabaran besar untuk menjelaskan pada isteri tugasannya sebagai selebriti:
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram loav.film
Mamat dan Nordiana mengikat tali pertunangan pada 2018.
"Saya dan isteri merancang berkahwin pada awal tahun lalu tetapi beberapa kali ditunda. Oleh kerana isteri bertugas sebagai anggota polis, jadi perlu mendapat surat kebenaran untuk berkahwin. Kami pula lewat mendapat surat kebenaran, jadi perkahwinan ditunda.
"Apabila mendapat surat kelulusan, saya pula sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019. Jadi, sekali lagi kami tunda demi memberikan tumpuan pada MLM 2019. Kalau ikutkan saya merancang mengadakan majlis pernikahan selepas Aidilfitri, tetapi tarikhnya lambat lagi. Jadi, kami memilih tarikh 1 Mac lalu memandangkan kami kurang sibuk," jelasnya.
"Alhamdulillah, majlis pernikahan kami sederhana, tetapi meriah. Apa yang lebih penting, semuanya sudah selamat. Kami memilih kediaman keluarga saya kerana isteri berasal dari Lahad Datu, Sabah. Isteri pula sudah tiada ibu, jadi lebih baik kami adakan di sini sahaja," katanya.
Katanya, dia akan mengadakan majlis resepsi disebabkan ramai rakan seperjuangan tidak dapat hadir pada majlis pernikahannya:
"Saya mengundang rakan seperjuangan, tetapi ramai tidak dapat hadir. Jadi, saya sedang mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis resepsi yang lain.
"Sudah ada pihak yang menyatakan persetujuan untuk menaja lokasi majlis resepsi di Shah Alam, tetapi saya belum memberikan kata putus. Insya-Allah, kami akan berbincang dengan penaja, mungkin tarikh akan ditetapkan dalam tempoh dua minggu lagi," ujarnya.
"Isteri menegur saya kerana ingin meminta bantuan untuk mempromosikan perniagaan minyak wangi yang diusahakan. Awalnya, saya jual mahal, tetapi dia minta nombor telefon untuk menghantar gambar minyak wangi yang dijual.
"Hingga sekarang, saya tak tolong isteri mempromosikan minyak wanginya. Kami mula rapat sejak itu. Saya beritahu kena jumpa ibu saya sekiranya serius mahu berkawan. Tidak sangka, isteri bertemu ibu dan pandai mengambil hati. Dari situ, kami serius, sedangkan niat saya hanya mahu berkawan sahaja," ceritanya.
Bekerja dalam dua dunia berbeza, Mamat berkata, ia satu cabaran besar untuk menjelaskan pada isteri tugasannya sebagai selebriti:
"Saya sering membawanya bagi membiasakan isteri dengan cara kerja saya. Sewaktu MLM 2019, saya membawanya bersama, begitu juga dengan undangan persembahan.
"Ini kerana saya ingin isteri tahu tugasan sebagai selebriti bukanlah mudah. Saya terdedah dengan fitnah dan kecaman. Saya mahu isteri tahu bagaimana susah mencari duit untuk menghiburkan orang tetapi penghujungnya kena kecam," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram loav.film
loading...
loading...
0 Response to "#TAHNIAH ~Tiada Rahsia Mamat Pilih Tarikh Resepsi Sesuai Untuk Rakan Hadir"
Catat Ulasan