SinarHairan

#HOT ~ Datuk Seri Aliff Syukri Dan Isteri Enggan Komen Berkaitan Dakwaan Fail Cerai

loading...
DAKWAAN FAIL CERAI - DATIN SHAHIDA, ALIFF SYUKRI ENGGAN KOMEN "Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya," kata isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ringkas yang enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah.
Shahida ketika dihubungi berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya. Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab 'ya' menerusi aplikasi WhatsApp. Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu: "No komen," tuturnya. Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian metro, Instagram Datin Seri Shahida & Datuk Seri Aliff Syukri
loading...
loading...

0 Response to "#HOT ~ Datuk Seri Aliff Syukri Dan Isteri Enggan Komen Berkaitan Dakwaan Fail Cerai"

Catat Ulasan