loading...
Fariq Jadi 'Peneman' Floor 88.
Pencarian #2ndvokalisfloor88 itu dibuat pada Januari lalu selepas Ayie disahkan mengalami masalah vokal koyak dan perlukan rehat yang cukup.
“Fariq bukan pengganti saya tetapi dia adalah ‘peneman’ di pentas sekiranya saya kurang sihat dan perlukan rehat. Malah, saya pun takkan meninggalkan Floor 88.
“Cuma, salah faham sebelum ini yang mendakwa dia pengganti saya. Apapun, Fariq sudah diperjelaskan mengenai situasi yang sebenar,” katanya.
Mengulas mengenai bakat nyanyian Fariq, ujar Ayie, lenggok vokal pemuda itu tidak jauh beza daripadanya.
Jadi, Fariq boleh menyanyikan lagu Floor 88 dengan baik.
Pada Januari lalu, Ayie tiba-tiba rebah ketika menjayakan persembahan dalam Konsert Gempak NEGERI fm di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Malah, doktor menasihatkan Ayie berehat beberapa minggu berikutan masalah vokal dialami.
Menerusi Instagram kumpulan, Floor 88 mengumumkan pencarian #2ndvokalisfloor88 dan penyertaan diterima sangat menggalakkan.
Sehubungan itu, melihat pada pengalaman Fariq sehigga kini dia sudah menyertai beberapa program pencarian bakat menyanyi seperti I Can See Your Voice Malaysia dan Mentor Milenia 2019 .
-myMetro
loading...
loading...
0 Response to "#2NDVOKALISFLOOR88 ~ Jaminan Floor 88 pada 'protege' mereka, Fariq"
Catat Ulasan