loading...
BCL tidak dapat menahan tangis ketika Judika menyampaikan lagu Tak Mungkin Bersama.
BIARPUN genap dua minggu kehilangan suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) ternyata masih bergelut dengan kedukaan yang sukar untuk disembunyikan.
Pada dua persembahan pertamanya yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu, BCL gagal mengawal emosinya dan menangis di pentas ketika menyampaikan lagu
Cinta Sejati yang banyak menyimpan kenangan buatnya dan suami.
Terbaru, perkara yang sama turut berlaku ketika dia kembali melunaskan tanggungjawabnya sebagai juri program nyanyian
Indonesian Idol pada Isnin lalu, selepas digantikan sementara oleh Rossa pada minggu sebelumnya.
Bagaimanapun situasi kali ini berbeza apabila tangisan BCL itu berpunca daripada persembahan Judika yang menyampaikan single terbaharuya,
Tak Mungkin Bersama pada program tersebut.
Bait-bait lirik lagu tersebut seperti menceritakan apa yang sedang dilalui oleh BCL saat ini. BCL yang duduk di kerusi juri pada mulanya dilihat cuba mengawal emosi, namun akhirnya gagal sehingga teresak-esak menahan tangisnya.
Penyanyi Ari Lasso yang turut berada di kerusi juri cuba menenangkan BCL yang sudah berendam air mata.
Situasi tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen selepas petikan video tersebut tular bermula sejak semalam dan mengundang rasa simpati ramai.
Rata-ratanya menyalahkan pihak produksi yang dilihat seolah-olah tidak sensitif dengan keadaan BCL yang masih berduka apabila meminta Judika menyampaikan lagu tersebut ketika itu.
Sikap profesional dan kesanggupan BCL untuk kembali bekerja selepas berdepan kehilangan besar dalam hidupnya itu sepatutnya disokong pihak produksi dengan cara positif dan bukan dengan menambah lukanya.
Disebabkan itu, ramai yang menganggap produksi sengaja mencipta ‘situasi’ tersebut untuk menaikkan rating program dan tidak peka dengan kesedihan orang lain.
Apa pun, semoga BCL kuat menghadapi saat sukar yang dilalui dan kembali meneruskan kehidupannya.
Episod duka BCL bermula selepas kehilangan suaminya, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:#ALFATIHAH ~ PELAKON ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10. -SH
loading...
loading...
Related Posts :
MASYA ALLAH !!! Pelik Anak Menangis Tak Henti-Henti Sehingga Maut, Nenek TERKEJUT Lihat Apa Ibu Temui...Pelik Anak Menangis Tak Henti-Henti Sehingga Maut, Nenek TERKEJUT Lihat Apa Ibu Temui… |Seorang bayi berusia 8 bulan bernama Rhea disahkan m… Read More...
AKHIRNYA ELLY MAZLEIN DEDAH KENAPA OGY SANGAT BENCI KEPADANYA. ADA RAHSIA DAN KISAH LAMA DI ANTARA MEREKA BERDUA. !Ogy dalam satu kenyataan di akaun Instagramnya merasakan Elly memang patut terkeluar kerana beliau tidak memberikan persembahan terbaik teta… Read More...
TOLONG VIRALKAN INFO PENTING INI !!! Ketahuilah Biji Selasih Sangat Berkesan MENURUNKAN KADAR GULA DARAH, KANSER, JANTUNG, SEGUGUT, GASTRIK, SAKIT GIGI, DAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT.... Inilah Cara penggunaannya Yang Ramai Tidak Tahu... JOM CUBATOLONG SEBARKAN INFO PENTING INI !!! Ketahuilah Biji Selasih Sangat Berkesan KADAR GULA DARAH, KANSER, JANTUNG, SEGUGUT, GASTRIK, SAKIT GIGI… Read More...
JOM DIKONGSIKAN YA !!! Ketika Anda Minum Air Hangat Setiap Pagi Di Saat Perut Anda Lagi Kosong! 6 Manfaat Yang Sangat Luar Biasa Inilah Kalian Dapatkan, NO 3 PALING MANJURTOLONG DISHARE!! Ketika Anda Minum Air Hangat Setiap Pagi Di Saat Perut Anda Lagi Kosong! 6 Manfaat Yang Sangat Luar Biasa Inilah Kalian Dap… Read More...
Nora Danish Gesa LHDN Tidak Kenakan Cukai Pada Artis… Read More...
0 Response to "#PILU ~ Lagu Nyanyian Judika Buat Bunga Cinta Lestari Menangis Lagi"
Catat Ulasan