SinarHairan

#ALFATIHAH ~ Ibu Serina Redzuawan meninggal dunia

loading...
Serina Redzuawan - FOTO: Facebook Serina Redzuawan 

PELAKON dan pengacara, Serina Redzuawan berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Norhayate Ayub, yang meninggal dunia di Hospital Ampang, hari ini.

 Menurut Serina, 37, menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, arwah meninggal akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.


“Ibu saya Hajah Norhayate Binti Ayub telah meninggal dunia hari ini di Hospital Ampang kerana komplikasi buah pinggang dan jantung. 
 “Mohon keluarga dan sahabat semua sedekahkan Al Fatihah dan yasin kepada arwah Mama. Allahuakhbar,” tulisnya. 

 Dalam pada itu, bapa Serina, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan turut memaklumkan berita tersebut menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

 “Dengan rasa dukacitanya saya ingin memberitahu bahawa my x wife had just passed away di Hospital Ampang. 
 “Am making all the necessary arrangement for the funeral esok and will inform all my relatives later. Alfatihah,” kongsinya.


Terdahulu pada Februari lalu, Serina pernah berkongsi tentang penderitaan arwah ibunya yang turut menghidap penyakit kencing manis dan perlu menjalani pembedahan untuk memotong kaki.

 Selain Serina, arwah Norhayati menerusi perkahwinan dengan Chef Wan juga mempunyai seorang lagi anak, Mohd Nazri yang juga merupakan seorang chef selebriti.-SH

loading...
loading...

0 Response to "#ALFATIHAH ~ Ibu Serina Redzuawan meninggal dunia"

Catat Ulasan