loading...
Penyanyi dangdut Sheeda, 56, mendedahkan sejak lapan bulan lalu, dia sudah bercerai dengan bekas suami, Sukri Hashim, 39. Sheeda dihubungi berkata perceraiannya dan Sukri berlaku secara baik menerusi keputusan mahkamah.
Menurut Sheeda yang popular dengan lagu Angkat Kaki, pada usianya sekarang dia mahu menjalani kehidupan sendiri yang gembira dan bersama anak-anak.
Ditanya mengenai hubungan dengan bekas suami, menurutnya hubungan mereka masih baik seperti dahulu.
Memaklumkan mengambil masa selama setahun untuk membuat keputusan bercerai, Sheeda berkata dia lebih dulu membuat solat istikharah dan solat hajat:
Ditanya juga betapa dia bijak mengunci mulut sembunyikan perceraian itu, Sheeda berkata ia bukan perkara gembira untuk dikongsi serta-merta.
Katanya, dia memerlukan masa untuk mencari kekuatan diri terlebih dahulu sebelum sedia membicarakannya kepada umum dan media.
Untuk makluman, Sheeda dan Sukri yang juga seorang guru berkahwin pada sekitar 2007, meskipun ketika itu Sheeda berstatus ibu tunggal tiga anak.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
"Di antara kami, tidak timbul masalah rumah tangga atau orang ketiga tetapi cukuplah saya katakan pengorbanan. Selama 12 tahun hidup bersama, bekas suami saya memang lelaki yang baik dan sangat penyayang. Cuma, sudah tiba masa untuk kami membawa haluan masing-masing ke arah kehidupan lebih baik," katanya.
Ditanya mengenai hubungan dengan bekas suami, menurutnya hubungan mereka masih baik seperti dahulu.
"Kami bersahabat baik kerana anak. Apatah lagi, saya dan Sukri ada zuriat hasil perkongsian hidup bersama iaitu Muhammad Aiman yang tahun ini berusia 12 tahun. Walaupun hubungan halal kami dan terputus, tetapi Sukri adalah bapa kepada anak saya," ujarnya.
Memaklumkan mengambil masa selama setahun untuk membuat keputusan bercerai, Sheeda berkata dia lebih dulu membuat solat istikharah dan solat hajat:
"Bukan mudah untuk saya buat keputusan untuk bercerai itu. Tetapi, saya fikir pengorbanan perlu dilakukan. Saya nak bekas suami menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang. Apatah lagi, perbezaan jarak usia 17 tahun di antara kami," tuturnya.
Katanya, dia memerlukan masa untuk mencari kekuatan diri terlebih dahulu sebelum sedia membicarakannya kepada umum dan media.
Untuk makluman, Sheeda dan Sukri yang juga seorang guru berkahwin pada sekitar 2007, meskipun ketika itu Sheeda berstatus ibu tunggal tiga anak.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
loading...
loading...
0 Response to "#AKUAN ~ Sheeda Rupanya Sudah 8 Bulan Bercerai.."
Catat Ulasan