Polis, Nickalous Manning menjelaskan kanak-kanak yang meninggal dunia itu adalah murid tahun tiga namun enggan mendedahkan nama mangsa.
Siasatan awal polis Arkansas mendapati kebanyakan mangsa yang cedera adalah kanak-kanak dan dibawa ke hospital di Little Rock dan Benton untuk mendapatkan rawatan.
Damous Hailey yang merupakan mangsa dalam kemalangan itu berkata, bas itu membawa pemain pasukan daripada Persatuan Belia Jingga dan beberapa lagi pasukan lain.Hailey memaklumkan bahawa dia duduk di belakang pemandu apabila bas itu membelok secara tiba-tiba lalu berpusing 15 hingga 20 kali sebelum terbabas di kaki bukit.
"Apabila bas itu berpusing, kanak-kanak mula menjerit dan kami cuma menenangkan mereka. Saya cuba memegang dengan kuat bagi memastikan tidak tercampak keluar," katanya yang mengalami kecederaan di bahagian kiri badan serta kaki.
The Associated Press mendedahkan wakil dan jurulatih pasukan itu gagal dihubungi.
Tiada maklumat telah dikeluarkan mengenai keadaan kecederaan itu selain punca kemalangan juga masih dalam siasatan.
0 Response to "Seorang kanak-kanak maut, 45 lagi cedera, bas berpusing lebih 10 kali sebelum terbabas"
Catat Ulasan