Beliau ketika berkongsi tentang perkembangan terbaharu projek kereta nasional ketiga itu berkata, ia telah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kereta nasional baharu, kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan daya saing kejuruteraan tempatan serta mencipta ekosistem baharu yang mesra inovasi dan teknologi.
Langkah untuk menghasilkan kereta nasional ketiga dilihat akan dapat mencergaskan kembali industri automotif negara. -- Bernama
BACA: Kerajaan tiada peruntukan labur dalam projek kereta nasional ketiga - Guan Eng
BACA: Realisasi kenderaan nasional ketiga, automotif jadi pemacu Malaysia - Tun Mahathir
BACA: Projek kereta nasional ketiga jana peluang pekerjaan, galak pembangunan vendor - Darell
BACA: Projek kereta nasional ketiga diharap 'bertapak' di Melaka - KM Adly
0 Response to "Prototaip kereta nasional baharu dijangka didedah kepada umum tahun depan"
Catat Ulasan