Baru-baru ini tular perkongsian kisah anak sulung Diana Danielle, Chemad atau nama sebenarnya Muhammad yang bersunat pada umur 5 tahun. Kisah anak sulung Diana itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen kerana keberaniannya di umur muda.
Terkini laman akaun rasmi Instagram Chemad yang dikendalikan oleh ibunya, Diana telah pun mencecah 244,000 pengikut. Oleh kerana itu, pelakon ini telah memuat naik sebuah video rakaman Chemad berterima kasih kepada pengikutnya kerana sudi dan setia mengikutinya di laman media sosial tersebut.
Video yang berdurasi 12 saat itu merakamkan ucapan terima kasih Chemad dalam bahasa Inggeris. Namun apa yang mencuri perhatian pengikutnya adalah loghat yang digunakan.
Chemad yang berwajah kacukan Pan Asia itu tidak kedengaran seperti ibunya apabila berbahasa Inggeris, loghat melayunya yang pekat membuatkan Diana sendiri geli hati mendengarnya.
Ekoran video tersebut, rata-rata netizen turut terhibur mendengarnya dan memuji ketampanan wajah kacukan anak pelakon tersebut.
Sumber : IG Chemad
0 Response to "“Muka mat salleh tapi speaking english loghat melayu” – Video anak Diana Danielle berbahasa Inggeris curi tumpuan peminat"
Catat Ulasan