Memiliki anak yang menghidap penyakit autism bukanlah sesuatu perkara yang harus disorokkan atau dimalukan oleh seseorang ibu.
Sering berkongsi foto dan video gelagat anak kembarnya yang menghidap penyakit autism, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini masing-masing sudah berusia 20-an, Zarina Zainuddin merupakan antara individu yang memberi kesedaran bahawa anak yang menghidap penyakit tersebut juga harus dilayan seperti anak-anak yang lain.
Namun begitu, hari ini, pelakon cantik itu berasa terkilan apabila menerima komen yang bersifat cukup sensitif daripada salah seorang pengikutnya di laman Instagram.
Rasa kesal tersebut diluahkan menerusi salah satu entri terbaru yang dimuat naik olehnya sehingga mendapat perhatian daripada para pengikutnya yang lain.
Anak kau tu dah tak betul sibuk nak tunjukkan kat video, menakutkan aje tengok.
Rata-rata, ramai antara pengikut Zarina yang meluahkan rasa geram terhadap komen biadap tersebut.
Menurut Datin Shahida, akaun Instagram orang yang meninggalkan komen tersebut merupakan akaun palsu kerana dia juga mengakui sering menerima komen negatif daripada individu tersebut.
Tidak kurang pula, ramai juga rakan artis seperti Azza Elitte, Nabil dan ramai lagi yang turut meninggalkan komen dan memberi semangat terhadap pelakon cantik itu.
Sumber : IG Zarina Zainuddin
0 Response to "“Anak kau tu tak betul, tapi sibuk nak tunjuk kat video” – Zarina Zainuddin terkilan terima komen biadap di IG"
Catat Ulasan