SinarHairan

Iqram Dinzly Mengaku Pergi Kelab Pakai Serban

loading...

JIKA sebelum ini nama Iqram Dinzly hangat diperkatakan disebabkan tindakannya memarkir kenderaan yang menghalang lalu lintas, terbaharu dia dikatakan tampil ke sebuah kelab malam di pulau peranginan terkenal dengan memakai serban.


Berita mengenai perkara itu dimuatkan menerusi ruangan hiburan sebuah akhbar, baru-baru ini.
Iqram mengakui hal tersebut namun berharap masyarakat tidak membuat andaian negatif terhadap dirinya kerana dia tidak melakukan sebarang perkara tidak senonoh sepanjang berada di kelab malam tersebut.
“Ya, memang betul saya mengaku ada pergi ke kelab malam di Langkawi. Dengan memakai serban seperti mana yang diperkatakan oleh kolum itu, ia memang saya.
“Sepanjang saya berada di tempat itu, saya tidak melakukan perkara-perkara yang terlarang.
“Bukan datang untuk berseronok sangat pun. Saya hanya ingin melihat suasana dan salahkah saya nak rapatkan hubungan dengan sesama manusia? Selagi perkara itu tak melanggar akidah saya sendiri, ia tidak menjadi satu kesalahan besar pun.
“Saya sebenarnya pelik, kenapa ada pihak nak pertikaikan saya pergi kelab malam? Ramai lagi orang yang kita pergi ke sana untuk minum minuman keras tetapi tak ada yang ambil perhatian pun. Sebaliknya cerita saya pakai serban pula yang dijaja sampai ke Kuala Lumpur,” katanya.
Iqram yang dilihat semakin memperlahankan aktiviti seninya, kini sedang sibuk menguruskan perniagaan makanan, Dr. Chiqqy yang beroperasi di Langkawi. 
SUMBER – MYNEWSHUB.CC
loading...
loading...

0 Response to "Iqram Dinzly Mengaku Pergi Kelab Pakai Serban"

Catat Ulasan