Haris mengakui walaupun terpaksa berjauhan dengan anak dan isterinya yang tinggal di Keningau, Sabah, namun itu bukan halangan untuk beliau meletakkan keutamaan terhadap keluargannya
Penyanyi kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu yang mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha Nawawi, 22, pada Mei tahun lalu turut berhasrat membawa keluarganya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur, tidak lama lagi."Anak perempuan saya, Aleena Ziya banyak mengajar saya erti kehidupan, malah membuatkan saya lebih matang berbanding dulu. Alhamdulillah, saya juga semakin dekat dengan agama selepas kehadiran cahaya mata sulung.
"Tanggungjawab sebagai bapa masih baharu dalam hidup saya dan tidak dinafikan, saya agak kekok menggalas peranan itu. Biarpun mencabar, ia banyak mengubah saya menjadi lebih baik sekali gus meninggalkan tabiat lama sebelum berkahwin. Harris terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak yang kini berusia tiga bulan di Keningau, Sabah.
"Syukur Aleena tidak banyak kerenah seperti berjaga di tengah malam. Waktu tidur saya dan isteri belum terganggu setakat ini, cuma saya sedikit penat kerana berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sabah disebabkan isteri dan anak masih tinggal di sana," katanya memetik BharianOnline.
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Harris Baba , Keningau , Penyanyi
0 Response to "Luahan hati Harris Baba untuk anak & selepas kahwin!"
Catat Ulasan