loading...
Jarang sekali kita mendengar atau melihat penyakit pelik sebegini tanpa mengetahui punca dan penyebab penyakit tersebut telah menyerang seorang lelaki.Lelaki tersebut yang dikenali sebagai M.Jamil telah menderita sejenis penyakit misteri sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi sangat lemah dan seluruh kulitnya bertukar menjadi hijau.
Lelaki berusia 42 tahun ini yang berasal dari Aceh dan mempunyai empat anak ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa dalam keadaannya yang begitu dan hanya mampu berbaring sahaja.
Dia menghidap penyakit terbabit sejak bulan Disember tahun lepas dan sehingga kini M.Jamil sekeluarga tidak mengetahui apa puncanya hingga dia berkeadaan sedemikian rupa.
M.Jamil menjadi perhatian selepas gambar-gambarnya dimuatnaik dalam Facebook dan menjadi tular.
Disebabkan keadaan berkenaan, penduduk di situ telah melancarkan kutipan duit bagi membantu keluarganya.-Suara.TV
loading...
loading...
0 Response to "Badan Bertukar Menjadi Hijau Akibat Penyakit Pelik"
Catat Ulasan