Status rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.
Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan tarikh berkenaan bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh pihak plaintif iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, dan Adam Fahmi selaku defenden mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.
Peguam yang mewakili Ezlynn, Izyan Hazmi Ahmad berkata, pelantikan jawatankuasa dibuat berikutan tiada persetujuan bersama dalam meneruskan hasrat untuk bercerai.
Ezlynn memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari lalu."Pihak jawatan kuasa pendamai perlu tahu peranan sebenar mereka ialah untuk memastikan tidak berlaku perceraian. Perbincangan akan dilakukan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
"Saya harap kes ini tidak berlanjutan dan semua pihak perlu memberi kerjasama dalam menyelesaikan kes ini dan pihak berkenaan hadir pada hari yang ditetapkan," ujarnya.
Tag : Berita Artis , Ezlynn , Mahkamah , Penyanyi , Perceraian Artis , Suami
0 Response to "Kes perceraian Ezlynn, suami enggan ceraikan pulak?"
Catat Ulasan