SinarHairan

Berita Gembira, Fizo Omar Sahkan Isterinya, Mawar Fareeda Kini Sah Hamil..TAHNIAH!!

loading...

Berita Gembira, Fizo Omar Sahkan Isterinya, Mawar Fareeda Kini Sah Hamil..TAHNIAH!!


Di bulan Ramadhan tahun ini, pelakon Fizo Omar dan isteri telah menerima berita yang amat menggembirakan.

Mawar kini disahkan sedang hamil anak pertama mereka setelah 4 tahun berkahwin.

Berita ini disampaikan oleh Fizo melalui laman media sosial miliknya sebentar tadi.

Ini komennya:

Alhamdulillah..Rezeki Ramadhan.setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga dan sabar menanti rezeki zuriat dari Allah SWT.

Secara rasminya disahkan oleh Prof Datuk Doctor Hamid Arshad yg kini kandungan Mawar baru sahaja berusia 2bulan (may 2017).Semoga berita baik di bulan baik ini diiringi oleh doa kalian semua dan dimakbul oleh NYA..ameen YRA..

Sementara itu, doktor berkenaan iaitu Hamid Arshad turut memberi komen tentang kehamilan Mawar Fareeda.

Dr Hamid juga telah memberi nasihat yang berguna kepada pasangan ini.

Ini kenyataan dari doktor berkenaan:

ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KPD MAWAR DAN FIZO.

Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.


Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam kaedaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkongan 10 %. Risiko ini meningkat bagi mereka yg mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakkannya.


Mari kita doakan agar kehamilan Mawar akan terus tumbuh dan berkembang secara normal sehingga cukup bulan ( 37 - 40 minggu). Aamin.


Nasihat saya kpd Mawar dan Fizo.


1. Banyakkan amal ibadah, solat, baca quran, zikir, selawat dan berdoa terus menerus.
Banyakkan bersedekah dan menolong orang2 miskin, tua dan dhaif khususnya dibulan ramadan yg mendatang
2. Senyum selulu dan bercakap lunak. Bila jumpa orang islam ucapkan 'assalamualaikum'
Hubungkan dan kukuhkan silaturrahim
3. Rehat banyak2, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja2 berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan. Pada asasnya kurangkan stress kerana ia bolih mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur.
Lakukan 'deep breathing exercise' berulang2 bila ada peluang untuk kurangkan stress dan meningkatkan bekalan oksijen kesemua tubuh badan khususnya rahim yg sedang hamil.
4. Makan bahan2 berzat dan berkhasiat, yang segar dan mentah. Lebihkan buah2 dan sayur2, jus buah2 dan salad.
Imbangkan makanan dengan lauk2 yg jadi sumber perotin serta makanan2 pembekal karbohaidret dan lemak.
5. Jangan lupa makan multivitamins, folic, vitC, vit E dan fish oil untuk menampong pertumbuhan janin dalam rahim.
6. Dalam tiga bulan pertama penting rahim diperkuatkan dengan hormon progesterone. Ini bolih diberi sebagai suntikkan - inj proluton atau tablet 'duphaston'
6. Tentukan cukup tidur , 7-8 jam setiap hari. Hubungan intim suami isteri perlu dikurangkan atau dikawal dalam peringkat awal kehamilan.
7. Kita semua tumpang gembira dan mendoakan agar kehamilannya akan berjalan lancar dan seterusnya mendapat zuriat terbaik. Aamin Ya Robbal Alamin.


Tahniah buat Fizo dan Mawar.


loading...
loading...

0 Response to "Berita Gembira, Fizo Omar Sahkan Isterinya, Mawar Fareeda Kini Sah Hamil..TAHNIAH!!"

Catat Ulasan