SinarHairan

#TIADA JODOH ~ Lufya dan suami sah cerai talak satu

loading...

PENYANYI, Lufya Omar dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum (gambar atas) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, pada 17 Jun lalu.

 Che Muhammad Hafiz, 30, ketika dihubungi berkata, perceraian itu dibuat secara baik dan menganggap itu adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga mereka sejak tahun lalu.
  
"Sebelum ini orang sering bertanya status perkahwinan saya. Jadi, saya berharap perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan. Antara kami sudah tidak ada apa-apa. 
 "Perceraian ini dibuat secara baik dan ia jalan terbaik buat kami. Cuma selepas ini saya berharap dia dapat memberikan kerjasama baik dari segi penjagaan anak. 
 "Dalam perkara ini saya cuba dengan cara baik. Tanggungjawab bukan setakat nak kena bagi duit, tapi saya nak juga berjumpa. Saya masih bapa kandung pada anak kami. Jadi, saya juga ada hak bersama," katanya kepada Harian Metro. 

 Menurut Hafiz, dia percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan percaya soal jodoh itu ketentuan Allah SWT.

 "Saya percaya pada jodoh. Saya anggap apa yang berlaku ada hikmah. Buat masa sekarang saya fokus pada kerjaya. Lagi pula saya pun baru habis mengambil peperiksaan perubatan estetik," katanya.


Terdahulu Lufya memfailkan sebutan permohonan cerai di mahkamah sama pada 16 Oktober lalu.

 Bagaimanapun, pada prosiding itu Che Muhammad Hafiz tidak hadir dan mahkamah menetapkan 18 November lalu bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

 Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia tiga tahun. -myMetro

loading...
loading...

0 Response to "#TIADA JODOH ~ Lufya dan suami sah cerai talak satu"

Catat Ulasan