loading...
Memakai kostum Iron Man seberat tiga kilogram sambil mendaki Gunung Kinabalu bukan sesuatu yang mudah, tapi itulah cabaran yang disahut oleh peminat cosplay, Yohan Charles Jayasuriya.
Y ohan, 39, menyahut cabaran untuk mendaki Gunung Kinabalu sejauh 8.7km dari Timpohon Gate sambil memakai kostum lengkap Iron Man.Namun, pendakian kali ini hanya sampai ke stesen Sayat-Sayat kerana cuaca hujan hingga menyebabkan pendakian ke puncak tidak diteruskan atas faktor keselamatan.
Beliau dan lapan rakan lain termasuk kru dan Dj Era Sabah mereka mengambil masa selama 6 jam 30 minit untuk sampai ke Panalaban (Laban Rata).
Penampilannya mendaki dengan kostum lengkap Iron Man turut menarik perhatian pendaki dan malim gunung yang mendaki Gunung Kinabalu semalam (4 Jun).
Katanya, walau tidak berjaya mendaki sehingga ke puncak disebabkan faktor cuaca namun, impian mendaki Gunung Kinabalu dengan memakai kostum Iron Man tetap terlaksana dan itu juga satu pencapaian buat dirinya.
Bagaimanapun disebabkan cuaca tidak mengizinkan, Iron Man dan kumpulannya hanya berjaya mendaki sehingga ke stesen Sayat-Sayat di KM7.5 sahaja pagi tadi.
Sementara itu, Veteriner Dr Randolf Paza yang mengetuai misi tersebut berkata, misi mendaki Gunung Kinabalu sambil menyumbang bantuan kepada malim gunung yang terjejas akibat penularan jangkitan Covid-19 itu berakhir dengan jayanya.
Biarpun, beliau bersama Iron Man tidak berjaya naik sampai ke puncak disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan namun, misi utama kali berakhir tetap berjaya dilaksanakan.
“Kami berjaya menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada 300 orang malim gunung yang berdaftar di bawah Persatuan Malim Gunung Sabah pada Jumaat.
“Diharap bantuan yang diberikan ini sedikit-sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mereka,” katanya.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dr Randolf bersama Yohan turut membantu menyumbangkan bantuan bekalan makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Penampang.
Dr Randolf berkata, misi menyampaikan bantuan dan mendaki Gunung Kinabalu itu sepatutnya dilakukan pada hujung Jun, namun disebabkan cuaca tidak mengizinkan, pendakian mereka ditunda sehingga semalam.
Sebelum Ironman mendaki penampakan 3 Dinosur juga posing di Puncak Gunung Kinabalu. Iron MAN otw selamatkan Dinosaur Dinosaur yang keras kepala ini😅😅😅😅😅😅.
.
loading...
loading...
0 Response to "Ironman Naik Gunung Kinabalu!"
Catat Ulasan