SinarHairan

#PENGAKUAN ~ Rossa dedah sudah ada kekasih

loading...
PENYANYI terkenal, Indonesia, Datuk Seri Rossa mendedahkan sudah mempunyai kekasih hati. Rossa, 42, atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani berkongsi perkara itu pada program Di Balik Pintu yang ditayangkan di saluran YouTube Boy William, semalam. Ia susulan pertanyaan daripada pengacara, Boy William sama ada penyanyi lagu Ayat Ayat Cinta itu masih solo atau sudah berpunya. "Tak solo lagi. Saya sedang berkawan dengan seseorang. Saya gembira sekarang," katanya. Ditanya mengenai sejauh mana penerimaan anaknya, Rizki Langit Ramadhan, yang kini berusia 14 tahun, Rossa berkata anaknya okay. "Sebelum ini saya pernah memuat naik gambar bersama pelakon Korea Selatan, Kim Sooh Hyun yang disunting oleh rakan. Gambar itu memaparkan Kim memakai baju pengantin tradisional Jawa, begitu juga saya. "Anak menulis di ruangan komen mengatakan dia akhirnya mempunyai bapa baru. Dia okay kalau saya berkahwin lagi. Dia cakap, apa yang penting saya gembira," katanya.
Sebelum ini, Rossa pernah beberapa kali digosipkan bercinta dengan penyanyi, Afgan malah didakwa sudah mahu berkahwin. Bagaimanapun, gossip itu dinafikan Rossa dan Afgan, sebaliknya menyifatkan mereka hanya berkawan baik. Rossa pernah berkahwin dengan Yoyo, anggota band Padi sebelum bercerai pada Julai 2009.-myMetro
loading...
loading...

0 Response to "#PENGAKUAN ~ Rossa dedah sudah ada kekasih"

Catat Ulasan