loading...
‘Orang Cakap Kami Tidak Ingat Ayah’- Anak Perempuan To’Ki Jawab Teguran Netizen
Kisah penyanyi, To’Ki yang kini tinggal dalam keadaan serba kekurangan mula menjadi topik hangat selepas beberapa media mula melaporkan keadaan semasa beliau yang kini menetap di sebuah pondok usang.
Dengan ramai yang bersimpati terhadap nasib beliau, tidak kurang juga ada yang dikatakan menegur keluarga terutama anak-anak beliau tidak menjaga kebajikan penyanyi era 90-an itu selepas mengecapi kejayaan dalam hidup masing-masing.
Tidak mahu mereka adik beradik terus dipandang serong, anak perempuan To’Ki, Noor Hidayah akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Bermula dengan pendedahannya di media sosial yang mengatakan To’Ki mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak sekian lama, beliau juga memberitahu kali terakhir mereka bertemu dengan To’Ki adalah empat tahun yang lalu.
Menurut Berita Harian, pertemuan itu menurutnya berlaku ketika To’Ki hadir ke majlis perkahwinannya untuk menjadi wali.
Mengakui terkejut dengan keadaan terkini To’Ki, Nor Hidayah berkata mereka memang tidak pernah berhubung selepas ibu dan ayahnya bercerai kira-kira 16 tahun lalu.
Jawab teguran netizen kata abai bapa
Menjelaskan mengenai pendedahan yang dibuatnya sebelum ini di media sosial, Noor Hidayah menjelaskan kepada Berita Harian, ianya dibuat untuk mempertahankan diri mereka dan bukannya untuk meraih simpati.
Kisah To’Ki mula menarik perhatian ramai sebelum ini selepas beliau dilaporkan menetap dalam pondok usang bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof di Batu 12, Gombak.
Bagaimanapun, selepas mendapat liputan meluas dari media, bekas penyanyi era 90-an itu kini dikhabarkan bakal meninggalkan pondok usang itu hasil inisatif daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang difahamkan bakal mencari tempat tinggal baru beliau dan isteri.
Selain menerima bantuan daripada pihak bertanggungjawab, To’Ki baru-baru ini juga menerima lawatan daripada pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Liew yang tampil menghulurkan bantuan buatnya.-The Vocket
ARTIKEL BERKAITAN:#PRIHATIN ~ HIDUP DALAM KEADAAN DAIF, TO’KI TETAP BAHAGIA BERSAMA ISTERI
To'ki kemurungan 18 tahun
MASALAH kemurungan yang dialami selama 18 tahun membawa penyanyi popular era 1990-an, To'ki berpindah ke rumah kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang didiami bersama isterinya sejak lebih setahun lalu. To'ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, dia memerlukan tempat yang tenang dan tidak sesak.
Walaupun pada mulanya isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berat untuk mengikutnya berpindah ke situ, namun To'ki tetap nekad.
Sementara itu, To'ki meluahkan rasa syukur apabila terus menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini.
Terdahulu, nama To'ki tiba-tiba menjadi sebutan netizen apabila foto rumah yang didiami bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, itu tular sejak beberapa hari lalu.-myMetro
Kisah penyanyi, To’Ki yang kini tinggal dalam keadaan serba kekurangan mula menjadi topik hangat selepas beberapa media mula melaporkan keadaan semasa beliau yang kini menetap di sebuah pondok usang.
Dengan ramai yang bersimpati terhadap nasib beliau, tidak kurang juga ada yang dikatakan menegur keluarga terutama anak-anak beliau tidak menjaga kebajikan penyanyi era 90-an itu selepas mengecapi kejayaan dalam hidup masing-masing.
Tidak mahu mereka adik beradik terus dipandang serong, anak perempuan To’Ki, Noor Hidayah akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu.
Bermula dengan pendedahannya di media sosial yang mengatakan To’Ki mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa sejak sekian lama, beliau juga memberitahu kali terakhir mereka bertemu dengan To’Ki adalah empat tahun yang lalu.
TANGKAP LAYAR DARIPADA MEDIA SOSIAL YANG DIKATAKAN DIKIRMKAN ANAK TO’KI. GAMBAR: SUARA MERDEKA
Mengakui terkejut dengan keadaan terkini To’Ki, Nor Hidayah berkata mereka memang tidak pernah berhubung selepas ibu dan ayahnya bercerai kira-kira 16 tahun lalu.
“Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.
“Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)… Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada,” katanya kepada BH Online.
Jawab teguran netizen kata abai bapa
Menjelaskan mengenai pendedahan yang dibuatnya sebelum ini di media sosial, Noor Hidayah menjelaskan kepada Berita Harian, ianya dibuat untuk mempertahankan diri mereka dan bukannya untuk meraih simpati.
“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.
“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.
“Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap,” katanya.
Kisah To’Ki mula menarik perhatian ramai sebelum ini selepas beliau dilaporkan menetap dalam pondok usang bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof di Batu 12, Gombak.
Bagaimanapun, selepas mendapat liputan meluas dari media, bekas penyanyi era 90-an itu kini dikhabarkan bakal meninggalkan pondok usang itu hasil inisatif daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang difahamkan bakal mencari tempat tinggal baru beliau dan isteri.
Selain menerima bantuan daripada pihak bertanggungjawab, To’Ki baru-baru ini juga menerima lawatan daripada pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Liew yang tampil menghulurkan bantuan buatnya.-The Vocket
ARTIKEL BERKAITAN:#PRIHATIN ~ HIDUP DALAM KEADAAN DAIF, TO’KI TETAP BAHAGIA BERSAMA ISTERI
To'ki kemurungan 18 tahun
MASALAH kemurungan yang dialami selama 18 tahun membawa penyanyi popular era 1990-an, To'ki berpindah ke rumah kecil di pinggir hutan di Batu 12, Gombak yang didiami bersama isterinya sejak lebih setahun lalu. To'ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, dia memerlukan tempat yang tenang dan tidak sesak.
"Saya seronok tinggal di sini. Kawasan yang dikelilingi hutan memberi saya ketenangan jiwa dan terapi untuk saya mengawal masalah dihadapi," katanya.
Walaupun pada mulanya isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berat untuk mengikutnya berpindah ke situ, namun To'ki tetap nekad.
"Saya nekad berpindah ke sini bersama isteri adalah untuk merawat jiwa dan rohani saya. Saya perlukan tempat yang tenang dan tidak sesak," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, To'ki meluahkan rasa syukur apabila terus menerima sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini.
"Alhamdulillah pagi tadi saya dikunjungi wakil Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang menghulurkan barangan keperluan dan sumbangan. Saya juga sempat bercakap dengan Datuk Seri melalui panggilan telefon.
"Saya bersyukur ramai yang tak putus datang untuk melawat dan menghulurkan bantuan. Namun, apabila ada barang keperluan yang lebih diterima, saya akan kongsi bersama insan memerlukan. Contohnya beras yang sudah banyak diterima.
"Rumah ini sudah menjadi transit untuk saya pula menghulurkan sumbangan ini kepada orang lain. Saya bahagia dan tenang duduk di sini. Isu utamanya bukan wang ringgit. "Bahagia bukan datang dalam bentuk material, tapi dari jiwa," katanya.
Terdahulu, nama To'ki tiba-tiba menjadi sebutan netizen apabila foto rumah yang didiami bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, itu tular sejak beberapa hari lalu.-myMetro
loading...
loading...
0 Response to "#KISAH TO'KI ~ Penjelasan Anak Beliau Dan Apa Kata To'ki"
Catat Ulasan