SinarHairan

Jabatan Kesihatan Sabah sahkan satu kes positif COVID-19 murid sekolah rendah

loading...
Gambar tular petugas kesihatan memakai PPE yang didakwa di sebuah sekolah rendah di Sabah.
Jabatan Kesihatan Sabah sahkan satu kes positif COVID-19 murid sekolah rendah

Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri ini, Isnin lalu.

P engarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit sudah diambil.


"Semua kontak juga sudah diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.

"Kita menasihati semua ibu bapa supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar mereka ke sekolah jika ada sebarang simptom COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular mesej dalam media sosial mendakwa seorang murid sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.


Dalam pada itu, Dr Christina memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan sebanyak 766 ujian COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya bagi seluruh Sabah mencecah 144,820, setakat kelmarin.

loading...
loading...

0 Response to "Jabatan Kesihatan Sabah sahkan satu kes positif COVID-19 murid sekolah rendah"

Catat Ulasan