SinarHairan

Bila 102 Hari Tak Berjumpa, Video Ibu Dan Anak di Labuan Buat Netizen Rindu Keluarga

loading...
Noy As Tahniah Frontliner
102 Hari Tak Berjumpa, Video Ibu Dan Anak Ini Buat Netizen Rindu Keluarga

Mana mungkin tertahan rindu ibu apabila tidak berjumpa anak kandung sendiri. Lebih-lebih lagi di musim COVID-19 ini, ternyata pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi oleh barisan hadapan (frontliners).

M elalui satu perkongsian video di laman Youtube, seorang anak perempuan (Nur Ain) yang bertugas sebagai jururawat telah membuat kejutan kepada ibunya yang ternyata ternanti kepulangan anak yang tersayang.



Dalam rakaman yang berlaku di Labuan itu, Nur Ain terlebih dahulu menyarung PPE dan berlakon seolah-olah dia ingin membuat pemeriksaan kesihatan di rumah ibunya.

Namun suasana terus berubah bila Ain mula membuka PPE dan topeng mukanya. Dia lantas dipeluk erat ibunya. Bagi siapa yang sudah kehilangan ibu bapa tercinta, saat begini pasti menjadi kerinduan yang tidak dapat digambarkan.


Tak tertahan air mata tengok video ini. Buat yang masih mempunyai ibu bapa, berbaktilah sehabis baik buat ibu bapa dan jenguklah mereka jika berkesempatan.

loading...
loading...

0 Response to "Bila 102 Hari Tak Berjumpa, Video Ibu Dan Anak di Labuan Buat Netizen Rindu Keluarga"

Catat Ulasan