SinarHairan

#TAHNIAH ~ Yuna, Penyanyi Malaysia Pertama Calon Anugerah BET

loading...
PENYANYI Yuna sekali lagi melakar sejarah terindah dalam karier seninya apabila menjadi penyanyi pertama Malaysia yang disenaraikan dalam anugerah BET di Amerika Syarikat.

 Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai yang kini mencipta nama di pentas antarabangsa; berjaya dicalon menerusi lagu Crush, nyanyian duetnya bersama penyanyi Hollywood, Usher.


Lagu itu dicalonkan dalam kategori Anugerah Centric 2017 yang sebelum ini diberikan kepada artis genre neo soul atau R&B.

 Dengan pencalonan ini, anak gadis kelahiran Kedah ini bakal bersaing dengan lima lagi penyanyi lain iaitu Fantasia, Kehlani, Mary J. Blige, Solange, dan SYD.

 Anugerah ini dianjurkan saluran Black Entertainment Television dan bakal berlangsung pada 25 Jun 2017 (Ahad) di Microsoft Theater, Los Angeles.

 Beberapa nama besar dalam Hollywood turut bercalon dalam anugerah ini antaranya Beyonce, Rihanna, Bruno Mars, dan ramai lagi.

 Pada masa yang sama, Yuna akui dia meletakkan harapan yang tinggi dalam pencalonan anugerah berprestij ini.

 Sama-sama kita doakan kemenangan buat Yuna. – MYNEWSHUB.CC

loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "#TAHNIAH ~ Yuna, Penyanyi Malaysia Pertama Calon Anugerah BET"

Catat Ulasan