SinarHairan

#TAHNIAH ~ UNIC juara Gema Gegar Vaganza

loading...
KUMPULAN UNIC mengejutkan ramai apabila diumumkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza .

 Menerusi konsert akhir yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, UNIC yang menyampaikan lagu Ainul Mardhiah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 sumbangan Astro dan trofi.

 Tempat kedua disandang oleh Hijjaz dan melayakkan mereka membawa wang tunai RM30,000 sumbangan Astro dan trofi.

Kumpulan ini juga turut memenangi Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM5,000 sumbangan Serai Mas.

 Mirwana pula yang mendendangkan lagu Ya Rasulullah memenangi tempat ketiga dan mendapat hadiah berupa wang tunai RM20,000 sumbangan Serai Mas dan trofi.

 Tempat keempat dimenangi oleh penyanyi kelainan upaya, Azmi Saat yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM15,000, sumbangan Astro dan sebuah trofi.

Azmi juga turut dipilih memenangi Anugerah Gema Terindah dan mendapat RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang.

 Hafiz Hamidun dan Saujana hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan keenam dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM5,000 sumbangan Astro berserta trofi.

 Keenam-enam finalis dikehendaki menyampaikan dua lagu iaitu lagu tugasan dan lagu battle antara Azmi vs Hafiz Hamidun menyampaikan lagu Aku Maafkan Kamu; Saujana vs UNIC (Kalah Dalam Menang) dan Hijjaz vs Mirwana (Alhamdulillah).

 Sistem pemarkahan diadili seratus peratus oleh dua juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah bersama Oki Setiana Dewi dan juri jemputan iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

 Program yang dipancarkan secara lansung itu turut disiarkan di saluran Astro Oasis (saluran 106), Astro Maya HD (saluran 135) dan saluran digital Astro Go serta Astro On Deman

Siti Nordiana, Achey dan Fikri bertindak selaku pengacara dan program Gema Gegar Vaganza ditaja oleh Kopi Pak Belalang dan Serai Mas.[SH]
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "#TAHNIAH ~ UNIC juara Gema Gegar Vaganza"

Catat Ulasan