loading...
JAKARTA: Selepas syarikat Hollywood francais Marvel memberi kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan disiplin ke atas pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1, pelukis tersebut terus mengumumkan kontraknya dengan syarikat Hollywood francais Marvel telah tamat.
Kerjaya saya telah tamat. Ini adalah akibat daripada tindakan saya. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.
Tolong hentikan ejekan, tomahan dan debat. Hentikan kebencian.
Saya harap semua boleh bertenang, katanya menerusi Facebook peribadinya.
Dalam kenyataan yang sama, Ardian memberi penjelasan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut.
Katanya, ia adalah nombor keadilan.
Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci Al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.
Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua, tambah beliau.
Status Facebook tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang meluahkan rasa lega dengan berita tersebut ada juga yang memberikan sokongan kepada pelukis tersebut, dengan berkata kerjayanya belum berakhir.
Beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.
Pelukis dan penulis Aji Prasetyo menerusi Facebooknya berkata Saya menulis dan melukis jalan cerita untuk komik saya, namun Ardian melukis untuk klien.
Keputusannya untuk menambah simbol yang menunjukkan isu surah Al-Maidah dan perhimpunan 212 sememangnya bertentangan dengan ideologi syarikat komik Amerika, kata Aji.
Namun Aji memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas. – Awani
loading...
loading...
loading...
0 Response to "Marvel pecat pelukis indonesia sembunyi mesej islam dalam komik x-men"
Catat Ulasan