loading...
SEMENJAK kisah keakraban diketahui umum, penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy sering kali diasak mengenai status perhubungan mereka.
Walaupun tidak pernah mengesahkan kisah cinta antara mereka, namun reaksi bintang jelita itu ketika Mynewshub menemu bual pasangan ini secara eksklusif mencuri tumpuan kami.
Mundar mandir dan tersipu malu, itu reaksi spontan Elfira ketika Sufian mengakui dia adalah orang yang istimewa dalam hidupnya.
“Apa yang saya boleh cakap, El adalah orang yang ‘special’ dalam hidup saya sekarang. Doakan baik-baik,” ujarnya Sufian kepada Mynewshub.
Imbas kembali detik permulaan perkenalan mereka, pasangan ini memberitahu semuanya secara kebetulan apabila Elfira memuat naik video nyanyian Sufian yang dirakam rakannya untuk Elfira menerusi Instagram.
“Sufian tengok video yang saya kongsi itu. Dia kata ‘kalau saya tahu Elfira yang suruh nyanyi saya akan nyanyi betul-betul’. “Kemudian, Sufian on air di radio Era FM. Saya call sebagai anonymous. Saya ajak dia pergi kafe saya. Itulah kali pertama kamu berjumpa.
“Masa hari jadi Elfira, kami menjadi lebih rapat,” kata mereka.
Dalam pada itu, Sufian berharap isu panggilan mama yang digunakan memanggil ibu Elfira tidak dijadikan isu.
“Panggilan itu bukan satu kebenaran atau saya dah nak kahwin ke apa. “Orang yang kenal dan rapat, memang panggil ibu El, mama.
Sebagai contoh, staf kafe pun panggil ibu El, mama,” jelasnya.
Ditanya lima perkara yang dia sukai tentang gadis bernama Elfira, penyanyi lagu Terakhir itu memberitahu dia suka sikap Elfira yang matang, berdikari, rajin, berani, dan cantik.
Pasangan ini yang ditemui di majlis fashion show ‘Fenomena Aidilfitri 2017’ di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, Ampang, malam tadi.
Gosip percintaan mereka timbul apabila Elfira dikatakan menerima 23 kuntum bunga pada ulang tahun hari jadinya tempoh hari dari Sufian. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "#GOSIP PANAS ~ Reaksi Malu Elfira Bila Sufian Akui Dia ‘Special’"
Catat Ulasan