SinarHairan

“Bahagiakan hati isteri, Allah akan tolong nanti.. Percayalah.”

loading...

(Daripada Kisah Rumah Tangga)

Saya cuma nak berkongsi sesuatu yang negatif bertukar jadi positif.. Ok, sebelum kawen, kami bercinta selama 9 tahun. Sekarang da kawen 3 tahun. Masa tu suami saya keje biasa dan gaji rm20/30 sehari.. Dari awal perkenalan tu lah gaji dia.. ada motor sebijik.. solat pun tunggang langgang.. (bekas mat rempit).

Saya bukan seorang yang bersosial, berlawanan dan dia. Ok, masa nak kawen niat saya nak bimbing dia. Jadi selalu bangun mlm doakan dia berubah seandainya dia jodoh saya..

Kami sama-sama pasang niat nak berkahwin untuk dapat redha Allah.. saya seorang yang bekerjaya dan gaji 6k ++, suami mase tu RM1500 sebulan..tapi suami minta saya duduk di rumah jangan bekerja disebabkan saya alahan mengandung sampai 9 bulan.

Saya ada simpanan, tapi suami tak pernah usik. Kami hidup ala kadar.. Tapi setiap hari saya tak lupa solat dhuha, baca surah alwaqiah, berdoa untuk murahkan rezeki kami. Suami mula solat jemaah di masjid. Selepas lahir anak pertama kami, kehidupan kami berubah. Kami pindah daripada umah mertua dan sewa bilik kecil.. sebab saya tak selesa..masa tu suami takot tak mampu, saya yakinkan suami kita ada Allah.. Bahagiakan hati isteri, Allah akan tolong nanti.. Percayalah.

2 tahun kami duk kat situ.. Dalam bilik tu la kami masak.. Tapi saya sentiasa pastikan semuanya dalam keadaan kemas.. Selepas tu, Allah bagi rezeki yang tak putus. Suami start bisness, income 5 angka.. Sekarang da menyewa rumah lain yang lebih selesa memandangkan saya tengah mengandung anak kedua. In shaa allah nanti boleh buat rumah sendiri pula..

Setiap hari suami bagi rm200 kat saya. saya yang rancang kewangan keluarga..daripada duit tu saya beli keperluan rumah(barang dapur kering), bayar bil, kereta, roadtax, keperluan anak,insurans kami 3 beranak, bagi kat parents dia 1k sebulan xtermasuk bil api dan air umah.. duit lebih tu suami cakap nafkah saya. 1k-2k ..

Kalau pergi jalan-jalan,atau shopping suami akan hulur duit lain.. barang basah suami yang belikan.. Duit lebihan income suami, jadikan simpanan..kami tiada hutang melainkan loan kereta dan ptptn saya.. Sekarang kami da mampu beli kereta yang lebih selesa.

Apa yang kami suami isteri amalkan jangan merungut.. Jangan mengungkit.. Apa yang saya nak kongsi disini, Allah pemilik hati kita.. Bila kita tak suke perangai suami atau isteri, mohonlah pada Allah terbalikkan.. Allah maha pengasih dan penyayang..saya berhenti keje niat Allah bagi rezeki melalui suami saya..

Alhamdulillah Allah makbul, walaupun tahun pertama kawen macam-macam dugaan datang.. cuma kita tak boleh putus asa.. Sekarang saya buat bisnes online sambil-sambil duk kat rumah.

Suami atau isteri masing-masing tak sempurna, doa adalah senjata yang paling berkesan.. Balik kepada Allah, Allah akan tolong tak kira siapa kita dahulu.. DAN kelebihan suami tak kedekut serta jaga kebajikan orang tua, rezeki sentiasa bertambah dan tak pernah putus.. Tak lama lagi saya akan bersalin anak kedua.. Doakan saya selamat semuanya ye..

Yang positif kita jadikan amalan..

The post “Bahagiakan hati isteri, Allah akan tolong nanti.. Percayalah.” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2q8qWjF
loading...
loading...

0 Response to "“Bahagiakan hati isteri, Allah akan tolong nanti.. Percayalah.”"

Catat Ulasan