Perkongsian daripada Puan Farhan menceritakan pengalamannya yang pernah mengalami “meroyan” selepas bersalin. Semoga perkongsian beliau memberikan kesedaran kepada para suami dan keluarga agar sentiasa memberikan sokongan kepada para isteri supaya dapat mengelakkan atau mengatasi penyakit tersebut. Baca lagi:
I’ve struggled with Post Partum Depression masa dalam pantang selepas melahirkan Aufa..
betul..it is not a joke..really..bila baca komen ada sesetengah orang yang membodohkan orang yang kena PPD ni..rasa macam..hey..benda ni real..bukan dibuat-buat..
ingat lagi..lepas lahir Aufa..czer..sakit tak hilang lagi..bersengkang mata jaga dia dalam wad nicu..anak sulung plak tu..asal pegang dia nangis..mata ni memang menangis je kerja..suami plak tak leh teman selau dalam wad nicu..dari nicu tukar masuk wad nicu yang boleh room in dengan baby..katil takde..terpaksa duk bilik isolation..sorang-sorang kot..masa tu lah jadi lagi teruk..menangis…tengok anak jadi benci..rasa macam tak leh tengok pun dia..macam-macam bayangan datang..tengok orang pegang anak rasa macam sedih sangat..tak leh nak kawal diri..tapi nasib baik boleh control diri lagi..bila rasa lain macam..terus tinggal Aufa sorang-sorang..tak pegang dia..sampai 1 tahap..minta nak balik..tak nak jaga Aufa..biar nurse yang jaga..balik rumah menangis lagi teringat plak kat dia..level of stress masa tu cukup tinggi…
nasib baik masa tu support dari sekeliling cukup kuat..lepas keluar dari bilik isolation..duduk dengan ibu-ibu lain yang senasib..sedikit demi sedikit dapat balik charge positif..tengok anak pun makin ok..da kurang rasa tak suka kat dia..seminggu dalam wad..sharing dengan ibu-ibu lain..saya akhirnya ok balik..dah tak menangis..tengok anak rasa sayang..alhamdulillah..
can you imagine masa tu kalau saya berterusan dalam wad isolation sorang-sorang..apa agaknya akan jadi masa tu..
saya bercakap ni berdasarkan pengalaman..PPD is real..jangan fikir ibu buat-buat ya..
emak saya pernah share kawan dia lepas melahirkan je akan jadi meroyan..setiap kali bersalin..so lepas bersalin..anak tu akan diberi pada orang lain untuk dijaga…bayangkan dugaan Allah bagi pada dia..
mak saya cakap jugak..orang yang dalam keadaan macam ni..dia tengok anak dia tu dengan bayangan lain..macam binatang..monyet..tu ada yang campak anak..kelar anak tu..dia dalam keadaan tak sedar..sedar-sedar dah buat benda tu..kadang-kadang dengar bisikan suruh buat..kalau dah duk sorang tanpa orang lain tendency tinggi untuk ikut benda-benda tu..
saya juga ada anak murid yang ada masalah ibunya meroyan..selepas melahirkan dia..sampai dia besar sekarang..dia membesar tanpa sentuhan kasih sayang ibunya..
so..pada yang belum melahirkan..get ready..PPD boleh kena pada sesiapa pun..ada yang sampai bertahun lamanya..bawa sampai ketua..yang lelaki jangan dok sedap sangat cakap perempuan ni lemah ngada-ngada..read..baca lah sedalamnya pasal ini..support them..terutama masa pantang at least 100 hari..jangan bagi depa buat kerja rumah…tolong jaga anak bila anak menangis..pagar diri dengan bacaan quran..pastikan isteri anda tidak sendiri..selalu bercakap..share apa saja..provide help..bila isteri tak larat nak tidur..bagi depan space..ambil anak..biarkan isteri tidur selenanya..insyaAllah..selamat dari PPD
PPD is real..not a joke.
Disclaimer: Gambar hiasan
The post “Saya bergelut dengan PPD selepas melahirkan Aufa” appeared first on The Alternatif.
from The Alternatif http://ift.tt/2jU2RNE
0 Response to "“Saya bergelut dengan PPD selepas melahirkan Aufa”"
Catat Ulasan