loading...
Oleh Mohd Nazim Badruddin
Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya, gaji beliau tidak mencukupi. Nak buat kerja part time, tiada kesempatan. Duit beliau katanya, hanya cukup-cukup untuk dirinya sahaja.
Mujur isterinya bekerja dan isteri beliau yang banyak membantu. Dia punya semput, sampaikan duit nafkah isteri pun tak bagi. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri juga dinafikan.
Menabung itu penting, tetapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting. Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Nabi SAW bersabda;
"Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu." (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya untuk wang dapur. InshaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang.
Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri kita dulu. Bila sudah selesai urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau tak ada kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela dibelanja.
Sumber: The Reporter
loading...
loading...
Related Posts :
Sepakan percuma cantik TMJ buat penjaga gol 'kaku' Sumber : http://ift.tt/2uxkzbB … Read More...
"Alhamdulillah Izara Aishah.." - Siti Nurhaliza Beri Bayangan Izara, Adib Selamat Bertunang"Alhamdulillah Izara Aishah.." - Siti Nurhaliza Beri Bayangan Izara, Adib Selamat Bertunang Penyanyi tersohor Malaysia, Dati Siti Nurhaliz… Read More...
Demi Berlakon Filem Marvel Di Hollywood, Raja Ilya Sanggup Jalani Pembedahan Mantapkan Bentuk TubuhDemi Berlakon Filem Marvel Di Hollywood, Raja Ilya Sanggup Jalani Pembedahan Bentuk Tubuh Pelakon hebat dari Malaysia, Raja Ilya akan menj… Read More...

0 Response to "Banyakkan Bersedekah Pada Isteri, InshaAllah Rezeki Suami Semakin Lapang"
Catat Ulasan