loading...
Keadaan Terkini Pelakon Dan Peserta Masterchef, Ary Malik Yang Tenat Kerana Kanser Ovari
Suami Ary Malik iaitu Shahrul Nizam telah memceritakan keadaan terkini isterinya itu.
Sehingga kini, Ary Malik masih belum sedarkan diri sejak dari beberapa hari yang lalu.
Shahrul Nizam kini sedang menunggu keputusan hasil ujian daripada doktor pakar di Hospital Ampang.
Ini komen suami Ary Malik:
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini atau esok.
“Doktor lain sudah tahu keputusan hasil pemeriksaan itu tetapi mereka terpaksa menunggu doktor pakar itu untuk memaklumkan kepada kami kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan,”
Dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ary Malik dilaporkan tenat di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.
Ary sebenarnya telah disahkan menghidap tumor sejak tahun lalu.
Dia pernah menjalani pembedahan bagi membuang tumor terbabit di Hospital Tuanku Mizan pada tahun lalu.
Pada mulanya Ary sekeluarga ingatkan hanya tumor biasa, namun rupanya doktor mengesahkan Ary alami barah ovari tahap 4.
Kemudian Ary Malik telah menjalani kemoterapi untuk mengawal kanser tersebut dari terus merebak.
Walaubagaimanapun, dia dimasukkan ke Hospital Ampang pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah.
Anak-anak mereka dikatakan sudah dapat menerima kenyataan keadaan ibu mereka ketika ini kerana sudah maklum dengan penyakit yang dihidap ibu mereka.
.................................
Ary Malik, 46 year old, is in critical condition with ovarian cancer stage 4.
The former Selebriti MasterChef contestant, is unconscious and currently being treated in Ampang Hospital.
Ary's illness was detected in May last year when she was undergoing treatment to remove a tumour in her stomach at the Tuanku Mizan Hospital.
Doctor said that she has fourth stage ovarian cancer, and she immediately underwent chemotherapy.
She was admitted to Ampang Hospital as she got weaker.
Ary Malik lost consciousness on Tuesday. Doctors believe the cancer has spread to her brain.
loading...
loading...
0 Response to "Keadaan Terkini Pelakon Dan Peserta Masterchef, Ary Malik Yang Tenat Kerana Kanser Ovari"
Catat Ulasan