SinarHairan

KINI VIRAL : Ahmad Idham hairan kenapa rakyat terbeban dengan harga minyak???

loading...
Ahmad Idham hairan kenapa rakyat terbeban dengan harga minyak


PELAKON dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham meluahkan rasa hairan mengapa Rakyat Malaysia terbeban dengan kenaikan harga minyak sedangkan negara ini merupakan negara pengeluar minyak namun dalam masa yang sama pemimpin mampu hidup mewah.
Beliau menimbulkan persoalan itu menerusi akaun twitter miliknya,
"Kalau kita negara pengeluar minyak, tapi rakyat pula rasa terbeban dengan harga minyak, tapi pemimpin mampu hidup mewah tak rasa pelik ke?" tulis beliau di akaun Twitter miliknya dua hari lalu.
Tulisan itu menjadi viral menerima lebih 4,000 retweet, selain orang ramai turut menyiarkan semula 'screenshot' tersebut di facebook dan whatsapp.
Kadar harga minyak petrol terkini (20 Februari 2017) bagi 10 negara-negara pengeluar minyak dunia (dalam RM) bagi setiap liter adalah seperti berikut.

Venezuela kekal sebagai negara paling murah menjual minyak kepada rakyatnya di kalangan negara pengeluar dengan harga hanya 4 sen (RM0.04) per liter manakala Qatar di tangga ke 10 teratas di kalangan negara pengeluar minyak dengan harga RM2 per liter.
loading...
loading...

0 Response to "KINI VIRAL : Ahmad Idham hairan kenapa rakyat terbeban dengan harga minyak???"

Catat Ulasan