SinarHairan

Jangan Banding Beza Anak² Kita Dengan Anak² Orang Lain

loading...


Kalau berdebat tentang anak ini, ibu-ibu boleh bercakar dan bergaduh tahu? Semua ibu akan merasa anak dialah yang terbaik, terpandai, terajin, tercantik, tercomel, terkacak dan bermacam-macam lagi 'ter...'. Tetapi kita kena ingat, dunia ini berputar 360'.

Anak pertama sihat walafiat, lahir normal, tak kena penyakit kuning. Kita pun mulalah membanding-bandingkan dengan anak orang lain. Kita nasihatkan pada orang seperti kita sudah ada 20 orang anak yang mana semuanya perfect.

Berjaga-jagalah, kadang-kadang hasil dari mulut kita, anak kita pula yang menjadi mangsa kifarah kita.

Bangga anak pandai, cepat berjalan, cepat makan sendiri, cepat duduk, semua perkara cepat sampai kita ada mengata anak-anak orang lain yang lambat bercakap, lambat berjalan, lambat membaca dan lain-lain lambatnya.

SubhanaAllah. Jaga-jagalah kata-kata kita wahai para ibu sekalian. Setiap anak ada keistimewaannya tersendiri. Jangan pernah kita beza-bezakan. Hatta dengan anak sendiri pun.

Ada anak yang pandai, ada anak yang kurang pandai. Anak yang pandai belum tentu boleh mendoakan kita semasa kita di dalam kubur. Anak yang pandai belum tentu boleh menjaga kita di waktu kita sakit. Allah beri mereka pekerjaan yang baik-baik, sibukkan mereka sampai mereka tiada masau ntuk bersama dengan kita di hari tua nanti.

Cubalah belajar menghormati perasaan orang lain dan jaga segala percakapan lidah kita. Kita mengata anak orang tidak betul, Allah nak terbalikkan sekelip mata sahaja. Syukurlah Allah beri kita zuriat. Bayangkan orang yang tidak dapat anak? Apa perasaan mereka? Mesti lagi sedih kan?

Saya pun manusia biasa, sentiasa melakukan kesilapan. Ambillah pengajaran hidup orang-orang di sekeliling kita untuk dijadikan sebagai panduan hidup.

Pesanan dari arwah ibu saya sentiasa ada dalam hati ini. Jangan mengata orang, jangan mengata anak orang, kita tidak tahu nasib kita pada masa akan datang dan nasib anak-anak kita. Bersikap adillah terhadap semua anak-anak, menantu-menantu dan juga cucu-cucu.

Sama-samalah kita muhasabah. Jika ada kesalahan yang kita pernah buat, cepat-cepat isgtifar dan mohon pada Allah jauhkan ujian terhadap keluarga kita. Amin. - Maira

Sumber: cilipotong
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Jangan Banding Beza Anak² Kita Dengan Anak² Orang Lain"

Catat Ulasan