loading...
BERKAT KAWAL HAWA NAFSU..TAPI PERUT DI IKAT KETAT INILAH HASILNYA..SEORANG PEREMPUAN LALUI GETER PERIT DEMI MENDAPAT APA YG DI IDAMKAN.
Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, kini memiliki aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit, hasil amalan berjimat cermat dan bijak menguruskan kewangan. — Foto ihsan Facebook/Syafieqah A'lya
SHAH ALAM, 27 Feb — Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit.
Berkongsi rahsia kejayaannya, Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, juga mengorbankan masa berhibur pada usia muda untuk melakukan kerja sampingan dengan bekerja separuh masa di pasar raya, lapor Sinar Harian.
“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.
“Sehinggakan saya pernah dikatakan ‘gila’. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya dilapor portal itu.
Maka tidak hairan kegigihan Syafieqah menular di laman sosial sejak tahun lalu apabila pada usia 24 tahun ketika itu beliau berjaya memiliki rumah teres jenis ‘superlink’ dan kereta mewah Subaru XY.
Ketika itu Syafieqah bekerja di sebuah bank dan dibayar RM1,600 sebulan, namun sikapnya yang berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi faktor kejayaannya.
“Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.
“Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.
“Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya.
- See more at: http://ift.tt/2lgyYDb
Quote:
Siti Nursyafieqah miliki tiga hartanah di usia muda SETAHUN lalu, kisahnya pernah menjadi tular apabila gadis berusia 25 tahun itu berkongsi kejayaannya memiliki hartanah pada usia muda. Ketika usianya 23 tahun, kisah Siti Nursyafieqah Abu Bakar hebat diperkatakan apatah lagi dengan gaji asasnya ketika itu hanya RM1,600 sebulan. Namun, siapa sangka di sebalik cerita itu sebenarnya terselit satu cerita dia menyekat nafsunya semata-mata untuk melakukan simpanan untuk masa hadapan. Benarlah kata pepatah, ‘berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’ tepat menggambarkan situasinya suatu ketika dahulu. “Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan. “Sehinggakan saya pernah dikatakan 'gila'. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya. Kejayaan yang diperolehnya bukan datang bergolek di hadapan mata, sebaliknya berusaha keras dengan melakukan dua pekerjaan setiap hari sehingga dia berjaya melaksanakan misinya. Di sebalik kisah tular itu, Siti Nursyafieqah atau lebih dikenali dengan nama Syafieqah Alya di alam maya, dia berkongsi rutin hariannya selepas menerima tawaran bekerja sebagai Eksekutif Jualan di salah sebuah institusi perbankan ternama di negara ini. “Saya bermula dengan gaji asas serendah RM1,600 ketika awal permulaan kerjaya dan ketika itu usia saya baru mencecah 21 tahun. “Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya. “Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB. “Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya. Tambahnya, setiap 24 jam sehari tidak disia-siakan dengan berlibur, tetapi dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk mencari rezeki sampingan. Bahkan dia juga tiada masa untuk pulang ke kampung halaman kerana sentiasa sibuk merencanakan aktiviti harian untuk mengumpul duit simpanan agar dapat memiliki hartanah selepas bekerja. Dia bersyukur, sikapnya yang jimat cermat dan berbelanja secara berhemah itu menjadi panduan sehingga ke hari ini. “Biarlah apa jua kata orang, yang penting kita pandang ke hadapan. Alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian untuk memiliki rumah impian ketika umur 23 tahun. “Saya akui tidak mempunyai masa untuk berlibur kerana melihat kepentingan misi hidup yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. “Mungkin ramai mengatakan saya seorang anti sosial atau ‘kera sumbang’, namun kata-kata menjadi pembakar semangat untuk berjaya,” katanya. Tiga tahun berlalu, Syafieqah Alya kini memiliki tiga hartanah bernilai lebih sejuta ringgit dan merancang untuk meneruskan pembelian hartanah pada masa akan datang. http://ift.tt/2mmt1JX |
loading...
loading...
0 Response to "BERKAT KAWAL HAWA NAFSU..TAPI PERUT DI IKAT KETAT INILAH HASILNYA..SEORANG PEREMPUAN LALUI GETER PERIT DEMI MENDAPAT APA YG DI IDAMKAN."
Catat Ulasan