SinarHairan

'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat kemas di dadanya'

loading...
Rasa sebak melihat kisah pendek yang dikongsikan jurugambar perkahwinan ini. Rasanya inilah kali pertama kisah seperti ini viral di media sosial. Lain dari yang lain dan mampu membuatkan ramai yang sebak.

Mohd Hafizan Ilias, langsung tidak menyangka perkara itu berlaku di depan mata ketika merakam gambar pengantin perempuan dengan bapanya di pelamin. Sesungguhnya inilah yang dinamakan cinta sampai hujung nyawa.

'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat kemas di dadanya'


Hari ini saya berpeluang merasai suatu perkara. Perasaan yang sangat berbeza. Pakcik ini sangat hebat. Ketika saya menghalakan kamera untuk mengambil gambar, "nanti kejap", katanya.

Dia mengeluarkan sesuatu dari pouch bagnya, berbungkus kemas di dalam plastik, dikeluarkannya satu gambar.

Ya, apa yang selalu saya tengok dalam drama TV, filem-filem, terhidang di depan mata. Gambar arwah isterinya yang telah pergi disemat kemas didadanya. Rasa macam kecil saja diri ini bila dibandingkan dengan pakcik ini.

Kasih, sayang cinta sampai syurga. Rasa sebak, rasa tergenang mata tetapi tahan sajalah.

Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil 'sampul' itu.

'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat kemas di dadanya'

Ye, beliau membawa ke mana sahaja 'sampul' itu, mungkin tempat untuk letak 'ang pau' orang bersalam agaknya.

Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag-nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi 'sampul' yang dikeluarkannya adalah gambar arwah isterinya (Large scale) yang 'lebih terang', katanya. Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya.

'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat kemas di dadanya'

"Nanti-nanti, tak cukup korum lagi ni.." sambil mengeluarkan potret itu dari sampul yang dipegangnya sambil ahli keluarga yang lain mengambil tempat. Barulah saya menekan shutter kamera, sambil tersenyum dan hati berbunga.

'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat kemas di dadanya'

Saya tahu, mungkin ini kali pertama dan terakhir dalam hidup saya, bertemu orang sepertinya. Living legend, yang hanya dapat kita lihat di kaca tv, yang selalu kita baca di dalam novel cinta. 

Diceritakan juga setiap hari beliau ke pusara, membawa bunga untuk cinta hatinya yang telah pergi hampir 4 tahun. Allahu, besarnya cinta pakcik Omar kepada arwah isterinya. 

Moga beliau menjadi inspirasi agar kita jadi sepertinya, "bercerai kasih talak tiada". Al-Fatihah untuk isteri beliau


tags: arwah isteri, suami mithali, cinta sampai mati, cinta hakiki, cinta abadi, andainya takdir
loading...
loading...

0 Response to "'Gambar arwah isterinya yang telah pergi, disemat kemas di dadanya'"

Catat Ulasan