loading...
SEDIH!!! Akibat Daun Rerama Seorang Gadis Berusia 15 Tahun Kehilangan Ibunya Untuk Selamanya
Akibat Daun Rerama Seorang Gadis Berusia 15 Tahun Kehilangan Ibunya Untuk Selamanya Satu perkongsian daripada seorang doktor berkaitan dengan seorang pesakit kencing manis yang telah maut gara-gara daun rerama yang dikatakan boleh mengubati penyakit tersebut.
Mangsa seorang wanita berusia 45 tahun telah meninggalkan anak tunggalnya yang berusia 15 tahun. Mangsa didapati mengamalkan pengambilan daun rerama namun tidak langsung mengambil insulin dan ubat-ubatan hospital.
Semoga perkongsian Dr. Rafidah Abdullah ini mampu membuka mata ramai orang tentang daun rerama ini dan jadikan ianya sebagai satu pengajaran di masa depan jika anda menghadapi kes seperti ini.
Seorang tukang masak yang mengalami penyakit Kencing Manis selama 5 tahun, tetapi telah 3 bulan beliau tidak mengambil insulin.
Katanya daun RERAMA boleh menurunkan paras gula, tak payah ubat-ubat lain dah. Entah siapa yang beritahu semua ini.
Demam seminggu. Datang hospital tak sedar diri, paru-paru, buah pinggang semua tidak berfungsi. Gula tinggi melangit tidak terbaca (HIGH INDEX), komplikasi merbahaya DIABETIC KETOACIDOSIS.
Terpaksa di letak tiub dalam corong paru-paru untuk bantuan pernafasan (gambar hiasan). Sangat tenat. Pemeriksaan bahagian sulit beliau nampak ada nanah meleleh keluar, ianyanya berpunca dari bisul/kuman.
Rupanya nanah tu merebak daripada bahagian dalam badan (perineum). Perut (abdomen) bahagian bawah beliau juga kelihatan begitu merah.
Allahuakhbar, agaknya berapa lama paras gula beliau tinggi disebabkan tidak mengambil insulin. Bila seseorang mempunyai paras gula tinggi, tahukah anda yang kuman senang hinggap?
Bila datang menyerang, apa pun yang kita lakukan sudah sangat susah nak diselamatkan. Bagi antibiotik satu gelen pun tak jalan. Jika kencing manis, pastikan JANGAN tinggalkan ubat Doktor. Nak ambik lain-lain itu mohon bincang dulu dengan Doktor merawat. Tanyalah kami, mohonlah🙏ye.
Tapi sangat tak logik kalau daun rerama itu dikatakan mengurangkan paras gula. Ye mungkin satu dua bacaan tapi bukan terus menerus. Kalau kita tak makan apa-apa makanan pun, nescaya paras gula kita rendah. Kami hanya nak tahu bacaan gula lepas anda makan, bukan lepas puasa berhari macam testimoni jurujual produk-produk dipasaran (yang ini tak minat langsung).
Foto Kredit: Dr Rafidah Abdullah - Gambar Hiasan
Apa Patofisiologi DAUN RERAMA?
- Adakah ianya mengandungi insulin atau menambah sel beta di pankreas untuk menghasilkan insulin? TIDAK.
- Adakah ia meningkatkan penghasilan insulin (seperti ubat sulphonylurea contoh Gliclazide). TIDAK.
- Adakah ia mengurangkan penghasilan gula oleh hepar seperti Biguanide (contoh Metformin)? TIDAK.
- Adakah ia meningkatkan sensitiviti sel-sel kita kepada insulin seperti Thiazolidinozeones (contoh glitazones)? TIDAK.
Dan banyak lagi ubat-ubat Kencing Manis yang pengamal perubatan tahu mekanismenya. Tak kira apa ubat pun, semua pesakit perlu mencapai tahap kandungan gula yang terkawal.
Paras gula perlu antara 4.4-7.0 mmol/L, bacaan selepas makan 4.4-8.5 mmol/L (CPG 2016) & paras HbA1C antara 6-7% mengikut profil risiko pesakit (ADA 2017). Bukan hanya komplikasi kegagalan organ tinggi (Buah Pinggang, Buta, Jantung, Amputasi Kaki dan banyak lagi) disebabkan oleh Kencing Manis yang tidak terkawal; malah jangkitan kuman adalah yang paling kami pengamal perubatan takuti.
Yang masuk hospital pun ramai sebab ini. Mohon kurangkan risiko dengan mengawal ketat paras gula anda. Pesakit ini dibawa ke Dewan Bedah secepat mungkin. Bertungkus lumus Pakar Bedah cuba membuang nanah & kuman yang dah lama bersarang.
Tapi apakan daya keadaan beliau sudah terlampau teruk. Beliau meninggal dunia keesokan harinya di Unit Rawatan Rapi (ICU). Terlihat seorang budak perempuan, duduk di salah satu penjuru bilik pelawat khas ICU semasa kami menyampaikan berita kematian.
Anak Arwah. Mukanya sugul, tunduk ke bawah sepanjang masa. Nampak raut wajahnya seorang yang matang, begitu cekal & tenang.
Ya Allah, kuatkanlah dia untuk mengharungi masa hadapan tanpa seorang ibu, doaku.
Ya Allah, kuatkan kami pengamal perubatan menempuh hari-hari sebegini & sesungguhnya kami sentiasa berdoa supaya pesakit kami tidak mengambil risiko.
Kami doakan yang baik-baik sahaja untuk semua. Berusahalah dengan cara yang betul, jangan percaya rawatan bukan-bukan.
Kesihatan anda didalam genggaman sendiri. Jangan serahkan ke tangan orang lain! Al-Fatihah.
Dr. Rafidah Abdullah Pakar Perubatan & Buah Pinggang
loading...
loading...
0 Response to "SEDIH !! Akibat PERCAYA KHASIAT DAUN RERAMA Seorang Gadis Berusia 15 Tahun Kehilangan Ibunya Untuk Selamanya"
Catat Ulasan