SinarHairan

#VIRAL ~ 'Saya teringin nak baca apa ada dalam al-Quran ustaz...' - Individu Non Muslim

loading...
Hantaran PU Azman di Instagram miliknya. 

 SHAH ALAM - Pendakwah, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, berkongsi kisah seorang individu beragama Kristian yang menyatakan hasrat untuk membaca al-Quran.

 PU Azman memuat naik paparan skrin perbualannya dengan individu berkenaan di laman Instagram miliknya.

 “Maaf ustaz mengganggu waktu begini. Saya cuma nak bertanya, boleh tak seorang bukan Muslim membaca al-Quran?


“Saya teringin nak baca apa yang ada dalam al-Quran. Terima kasih ustaz,” tanya individu berkenaan.  
PU Azman kemudian membalas pertanyaan itu dan individu berkenaan memaklumkan dia merupakan orang asli beragama Kristian.

 Menerusi ruangan kapsyen, PU Azman meminta agar orang ramai mendoakannya dan berharap agar orang ramai juga menjadikan medium media sosial untuk sama-sama menyampaikan dakwah.

 “Anda semua netizen juga berperanan sebagai pendakwah. Kerja menyampaikan Islam bukan milik sekumpulan yang tertentu, tapi ia adalah milik kita semua,” jelasnya. 

 Netizen juga rata-ratanya mendoakan agar segala urusan tersebut dipermudahkan.


“Insya-ALLAH semoga dipermudahkan,” komen Norehan Saad. 
  “Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada hamba ALLAH itu,” komen pula Elin Kamaruddin.

 Hantaran berkenaan mendapat 54,241 tanda suka dalam masa dua jam. -SH Online
loading...
loading...

0 Response to "#VIRAL ~ 'Saya teringin nak baca apa ada dalam al-Quran ustaz...' - Individu Non Muslim"

Catat Ulasan