SinarHairan

Sistem Permohonan Bantuan Khas B40 Warga Sabah di Semenanjung Malaysia Kini dibuka

loading...
Sistem Permohonan Bantuan Khas B40 Warga Sabah di Semenanjung Malaysia
Bantuan Khas WECARE Covid B40

Permohonan Bantuan Khas WE CARE B40 untuk rakyat Sabah sudah dibuka.

Bantuan ini adalah khas untuk Golongan B40 dari Negeri Sabah yang bekerja di semenanjung Malaysia.


Bantuan ini bertujuan untuk menolong Golongan B40 Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia untuk membeli barang keperluan and mengurangkan beban mereka di sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang akan berakhir pada 28 April 2020.

Di bawah WE CARE golongan yang layak akan mendapat RM 300 sekali (one-off) ke dalam akaun mereka.

Kelayakan


Hanya golongan B40 yang menentap di Negeri Sabah layak untuk mendapat bantuan ini. Pendapatan isi rumah haruslah dibawah RM4,360 sebulan.

    Anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia
    Golongan B40


Cara Memohon


Permohonan boleh dibuat secara online di laman rasmi WECARE Kerajaan Negeri Sabah. Untuk membuat permohonan , sediakan maklumat seperti nombor kad pengenalan, butir peribadi, maklumat pendapatan , maklumat akaun bank dan sebagainya. Semakan permohonan dan pembayaran juga boleh dibuat pada laman yang sama.

https://wecare.sabah.gov.my/permohonan



Mereka yang layak juga boleh menghubungi Pegawai Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di nombor talian

•  Puan Kamsiah 016 8305475
•  Puan Chung 016 8303812
•  Puan Aidah 019 5083983
•  Encik Hisham 019 8315732
•  Puan Hamizah 010 7862210

Penafian. Laman ini tidak meminta sebarang maklumat peribadi dari pemohon. Segala permohonan hendaklah dibuat di Laman rasmi We Care.

loading...
loading...

0 Response to "Sistem Permohonan Bantuan Khas B40 Warga Sabah di Semenanjung Malaysia Kini dibuka"

Catat Ulasan