SinarHairan

Maut tersepit lif barang di pasar raya di Likas

loading...
Seorang mangsa lelaki berumur 19 tahun, maut apabila tersepit di pintu lif pengangkut barang
MANGSA MAUT TERSEPIT DI PINTU LIF PENGANGKUT BARANG | Sumber : JPBM Sabah

Seorang remaja lelaki maut selepas tersepit lif barang di tingkat tiga sebuah restoran di sebuah pasar raya di Likas, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 10.02 pagi sebelum bergerak ke tempat kejadian menggunakan 1 buah jentera Operasi diketuai PBKII Nickton Berry bersama 6 orang anggota.

Menurut komander operasi, terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di pintu lift mengangkut barang. Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan memberi rawatan awal dengan memberi bantuan CPR kepada mangsa. Walau bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pegawai perubatan daripada QEH2.



Seterusnya mangsa di serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Pemeriksaan disekitar kawasan dijalankan memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain. Operasi ditamatkan pada pukul 11.00 pagi.



loading...
loading...

0 Response to "Maut tersepit lif barang di pasar raya di Likas"

Catat Ulasan