SinarHairan

Dua Kes COVID-19 Sabah Libatkan Pegawai Kesihatan

loading...
Penambahan kes berkenaan, menjadikan jumlah kes di Sabah 315 kes.
COVID-19: DUA KES DI SABAH LIBATKAN PEGAWAI KESIHATAN

Dua kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Sabah semalam, masing-masing di Kota Kinabalu dan Beluran melibatkan pegawai kesihatan.

Penambahan kes berkenaan, menjadikan jumlah kes di Sabah 315 kes.


Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi menjelaskan, kes di Kota Kinabalu dikesan melalui aktiviti saringan bersasar di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas.

Sementara, kes di Beluran dikesan melalui pengesanan kontak untuk kes positif yang dilaporkan di daerah lain.

Kes di Beluran telah dikuarantin sejak sampel pertama dibuat pada 20 April lepas.


Sehingga semalam, 83 pesakit sedang dirawat di enam hospital berpakar di Sabah, manakala kumulatif pesakit sembuh ialah 287 orang.



loading...
loading...

0 Response to "Dua Kes COVID-19 Sabah Libatkan Pegawai Kesihatan"

Catat Ulasan