SinarHairan

PKP: Kerajaan Sabah kaji pelonggaran SOP

loading...
Sumber : Pejabat Ketua Menteri Sabah
PKP: Kerajaan Sabah kaji pelonggaran SOP

Kerajaan Negeri melalui Sabah Covid-19 Command Centre akan mengkaji terlebih dahulu pelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap keempat yang membenarkan dua orang bergerak dalam satu kenderaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata demikian ketika mengulas pengumuman Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan memberi sedikit kelonggaran bagi SOP dalam PKP tahap keempat.

Sebelum ini hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan bergerak bagi membeli makanan dan barang keperluan harian.




loading...
loading...

0 Response to "PKP: Kerajaan Sabah kaji pelonggaran SOP"

Catat Ulasan