SinarHairan

Universiti Malaysia Sabah (UMS) mohon sumbangan makanan untuk pelajar

loading...
Dianggarkan lebih 4,000 pelajar yang perlu diberi bantuan makanan. Selain itu, sebahagian pelajar berkemungkinan tergolong dalam kumpulan keluarga kategori B40
UMS mohon sumbangan makanan untuk pelajar

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memohon sumbangan orang ramai untuk memberi bantuan makanan kepada pelajar di universiti berkenaan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Pengarah CIEW UMS, Dr Rafiq Idris berkata ramai pelajar masih berada di kolej kediaman masing-masing di UMS walaupun kampus berkenaan telah ditutup.

“Dianggarkan lebih 4,000 pelajar yang perlu diberi bantuan makanan. Selain itu, sebahagian pelajar berkemungkinan tergolong dalam kumpulan keluarga kategori B40,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai boleh menyalurkan sumbangan wang tunai ke akaun Maybank 5100 1302 4241 atas nama Universiti Malaysia Sabah.

“UMS mengharapkan agar ramai yang menyumbang dan menyokong usaha murni ini. UMS juga menyambut baik pelbagai sumbangan daripada pihak kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan individu sebelum ini,” katanya.

— BERNAMA

loading...
loading...

0 Response to "Universiti Malaysia Sabah (UMS) mohon sumbangan makanan untuk pelajar"

Catat Ulasan