SinarHairan

Patutkah Ini Berlaku? Isteri Curang Dibelasah Sampai Mati

loading...
Foto:Kosmo
Foto:Kosmo


BEAUFORT: Gara-gara mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit de­ngan orang lain, seorang buruh bertindak nekad membelasah isterinya hingga menemui ajal dalam kejadian di tepi jalan kebun kelapa sawit di Kampung Muhibbah di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, mayat mangsa, Jum Dala, 42, seorang suri rumah ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan lebam di mata kiri oleh orang awam.

Mangsa dibelasah menggunakan batang besi paip sepanjang 1.8 meter selepas suaminya mengesyaki isterinya yang tidak bekerja mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.

Satu sumber berkata, pemeriksaan ke atas mayat wanita itu menemui kesan koyakan pada baju dengan tudung yang dipakai turut tertanggal. Mangsa dipercayai menemui ajal selepas bahagian kepalanya terkena pukulan yang kuat.

Selain itu, salah sehelai daripada dua helai seluar yang dipakai mangsa terlucut akibat pergelutan. Wanita itu dikatakan mempunyai enam anak.
loading...
loading...

0 Response to "Patutkah Ini Berlaku? Isteri Curang Dibelasah Sampai Mati"

Catat Ulasan