SinarHairan

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 10 July 2016

loading...
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan  kepada Anak Negeri Selangor.



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web MBPJ di
http://ift.tt/1SdvMCK;atau melalui link di bawah

Maklumat Lanjut:

Semua permohonan perlu dibuat melalui Sistem Perjawatan Online MBPJ. Sila rujuk Manual Penggunaan Sistem Perjawatan Online MBPJ. Sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Sumber Manusia MBPJ di talian 03-79563544.

Maklumat Penting Untuk Pemohon:

Semasa pendaftaran pertama Sistem Perjawatan Online, ID pengguna adalah Nombor Kad Pengenalan dan perlu dimasukkan tanpa aksara anpa aksara hyphen(" - ").
Contoh : 675403084534 dan bukannya 675403-08-4534.

Perhatian:

1. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

2. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

3. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan

dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Julai 2016






Latar Belakang

Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya.

Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan "Old Town" dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan' telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 10 July 2016"

Catat Ulasan